(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Darat mengesahkan ia bakal menerima helikopter pertama Light Scout Attack MD530G buatan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, MD Helicopters Inc pada Jun tahun depan.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain sebagaimana dipetik oleh page Facebook Tentera Darat Malaysia hari ini berkata, helikopter itu dijangka mula memasuki inventori Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pada Jun tahun depan.
PTD hari ini berada di Kluang untuk menghadiri sambutan Jubli Perak PUTD di Northern Dispersal, Rejimen 881 PUTD, Kem Mahkota Kluang.
Malaysia menandatangani perjanjian dengan syarikat pertahanan terbabit pada 2016 untuk membeli enam buah helikopter penyerang ringan itu pada harga RM320 juta. Helikopter MD530G itu dijangka digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia di kawasan ESSCOM, pantai timur Sabah.
Helicopter MD530G light scout attack ini boleh dilengkapi dengan TALON laser guided rocket untuk menangani ancaman kenderaan armor.
Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan Dillon Aero 7.62mm mini Gatling gun serta pelbagai lagi sensor dan alatan avionic moden.
Helicopter ini boleh terbang selaju diantara 240km hingga 280 km sejam sejauh 430km dan selama dua jam setengah penerbangan.
Syarikat MD Helicopters itu adalah anak syarikat kepada gergasi pertahanan Amerika Syarikat, McDonnel Douglas.
Sementara itu PTD juga mengatakan ATM sedang berusaha menyewa helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri.
Comments are closed.