Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Radar “Kontenyer”, 3,000km dan 5,000 Sasaran

0 660

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 1 Disember tahun lepas, tentera Russia mula menggunakan radar jarak jauh terbarunya yang dinamakan “Konteyner” (Container) untuk memantau ancaman yang datang daripada jet pejuang, peluru berpandu ballistic, kruis dan lain-lain lagi.

Jarak effektif radar “Konteyner” ini adalah 3,000km, 100km altitude dan mampu memantau kira-kira 5,000 sasaran pada satu-satu masa, membuatkan ia suatu sistem pertahanan udara jarak jauh yang amat berkesan.

Kontenyer

Dari stesennya di wilayah Nizhny Novgorod, Russia, ia mampu mengawasi hampir keseluruhan benua Eropah dan selatan Kaukasus.

Kini, Russia telah meletakkan sistem radar jarak jauh “Kontenyer” ini di setiap penjuru Russia bagi memastikan negara itu tahun yang berlaku ribuan kilometer daripada sempadannya. Dengan kemampuan pengesanan sejauh 3,000km, apa-apa yang dilancarkan terhadap Russia mahu dikesan seawal mungkin bagi memberikan negara tempoh secukupnya untuk bersedia bagi menangani ancaman itu.

Kontenyer

Memandangkan ia adalah sistem radar jarak jauh, maka kompleks “Kontenyer” juga adalah besar dan luas melibatkan 144 menara setinggi kira-kira bangunan 10 tingkat setiap satu.

Tetapi radar ini bersifat modular, memudahkan ia untuk dipasang dan ditanggalkan.

Ok, adakah radar “Kontenyer” ini effektif?

Kontenyer

Laporan terbaru daripada Russia mengatakan sistem itu berjaya mengesan kehadiran pesawat-pesawat pemantau NATO dan jet-jet stealth berhampiran sempadan Iran tidak lama selepas insiden pembunuhan komander Quds Force, Pengawal Revolusi Iran Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad.

Menurut laporan, pada 8 Jan sistem radar itu mengesan enam pesawat stealth Amerika Syarikat berhampiran sempadan Iran selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu terhadap pengkalan tentera Amerika bagi membalas pembunuhan Qassem Soleimani.

Kontenyer

Pada ketika itu, radar “Kontenyner” memantau persiapan tentera Amerika Syarikat untuk menyerang balas Iran termasuk penerbangan pesawat-pesawat pejuangnya yang dikatakan tidak mampu dikesan oleh radar.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...