Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Saksikan Ujian Penembakan S-400 “Triumf” Tentera Russia

0 491

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Saksikan latihan penembakan peluru berpandu S-400 “Triumf” oleh Rejimen Pertahana Udara ke-568 Tentera Russia di satu lokasi yang dinamakan “Kasputin Yar”.

Kasputin Yar ini adalah kawasan ujian pelancaran roket dan pelbagai ujian saintifik yang lain Astrakhan Oblast, kira-kira 100km daripada Volgograd.

(Saksikan ujian penembakan peluru berpandu sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” oleh Rejimen Pertahanan Udara ke-568 Tentera Russia di Kasputin Yar. Sila LIKE dan SUBSCRIBE You Tube Channel “DEFENCE SECURITY ASIA.”)

Menerusi maklumat, rejimen ini melancarkan peluru berpandu daripada versi 48N6 yang baru diterimanya.

Peluru berpandu versi 48N6 ini mampu mengenai sasaran sejauh 250km manakala versi 40N6E pula mampu membedil sasaran udara sejauh 400km. Sistem S-400 ini yang mula berkhidmat dengan tentera Russia sejak 2007 telah dibangunkan oleh Almaz Central Design Bureau sebagai peningkatan kepada sistem S-300.

s-400

Ketika ini, usaha sedang digiatkan untuk membangunkan pula sistem S-500 sebagai pengganti kepada S-400.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...