Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Minat Beli “KALKA”, Sistem Anti-Dron Buatan Turki?

0 722

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia dikatakan adalah salah sebuah negara yang berminat untuk mendapatkan sistem amaran awal untuk menangani ancaman Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) dipanggil “KALKA”, yang dibangunkan oleh syarikat Turki.

“KALKA” dibangunkan oleh National War Technologies Defense System Inc  yang beribupejabat di selatan Antalya, Turki.

KALKA

Sistem amaran awal anti dron/UAV “KALKA.”

Sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita Turki, Anadolu, Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa buah negara yang berminat untuk mendapatkan sistem amaran awal ancaman UAV buatan syarikat Turki.

Antara negara lain yang juga berminat untuk memperolehi “KALKA” termasuklah Sri Lanka, Bangladesh, Qatar, Pakistan, Afghanistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).Malah syarikat Turki ini bakal membuat eksport pertama sistem ini ke luar negara iaitu kepada sebuah syarikat persendirian di Russia.

dron

Kejayaan mengeksport sistem itu ke Russia boleh dianggap membanggakan kerana negara itu sendiri memiliki kemampuan untuk membangunkan sistem yang sama seperti “KALKA”, tetapi memilih untuk mendapatkan sistem buatan Turki.

Syarikat persendirian Russia itu akan menggunakan “KALKA” untuk mempertahankan kemudahannya, mungkin daripada sebarang pencerobohan UAV pengintip.

Sistem itu akan dihantar kepada syarikat Russia akhir tahun ini.

Dron

Sistem anti-dron digunakan oleh Polis Diraja Malaysia. (foto internet)

Keputusan syarikat Russia itu adalah satu “vote of confidence” terhadap kemampuan “KALKA” itu sendiri serta kemampuan teknologi pertahanan Turki itu sendiri.

“KALKA”, sistem amaran awal UAV adalah sistem mudah gerak (mobile) yang telah pun digunakan oleh tentera Turki.

Ia dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Turki.

Setakat ini, syarikat Turki itu telah membangunkan sebanyak sembilan sistem anti-dron untuk kegunaan unit-unit tentera negara itu serta pasukan keselamatannya.

dron

“KALKA” boleh melakukan pelbagai operasi termasuk “frequency tracing” dan sistem radarnya mampu melindungi sasaran daripada ancaman UAV daripada jarak 5,000 meter.

UAV dan dron bukan sahaja digunakan oleh tentera dan pasukan keselamatan tetapi juga untuk membawa bahan letupan, dadah dan pelbagai lagi untuk tujuan menimbulkan kekacauan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...