Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] “Terminator” Bakal Diserap Ke Dalam Tentera Russia

0 538

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan kemampuan yang ditonjolkannya di Syria, tentera Russia kini menimbang kemungkinan untuk menyerap perkhidmatan kenderaan bantuan kereta kebal yang dinamakan sebagai “Terminator” di dalam angkatan tenteranya.

Baru-baru ini, tentera Russia menerima lapan buah “Terminator” untuk menjalani ujian lanjut sebelum diterima masuk dalam perkhidmatan.

BMPT

Guards Tank Division di Central Military District merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menguji kemampuan “Terminator” ini dalam beberapa siri latihan tentera.

Apa yang menarik tentang “Terminator” ini adalah ia mampu membidik tiga sasaran dalam satu masa serentak dengan kesemua sistem persenjataannya. Kenderaan bantuan kereta kebal ini dilengkapi dengan peluru berpandu supersonic “Ataka” yang mampu membedil sasaran sejauh 6km, dua buah meriam 30mm untuk sasaran darat dan helikopter dan sebuah mesingan 7.62mm.

 

“Terminator” yang berdasarkan kepada kereta kebal T-90 ini mampu bergerak selaju 60 km sejam dan dioperasikan oleh lima orang krew.

Menurut pakar pertahanan, sebuah “Terminator” boleh menggantikan satu platoon seramai 40 orang anggota tentera dan enam buah kenderaan perisai.

BMPT

“Terminator” ini mula ditonjolkan kepada orang ramai ketika perbarisan tentera di Red Square pada 2018.

Kenderaan bantuan kereta kebal ini telah dibangunkan oleh syarikat UralVagonZavod, yang merupakan pembekal utama kereta kebal kepada Russia.

BMPT

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...