Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] ATM Mahu Penggunaan Lebih Meluas Dron Di Sempadan

1,090

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjangkakan operasi pemantauan dan kawalan di sempadan negara dapat dilaksanakan lebih berkesan dengan menggunakan aset dron secara lebih meluas.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata selain dapat digerakkan dengan pantas pada bila-bila masa dan dapat memantau kawasan yang lebih luas, aset itu juga dilihat sangat penting dalam mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan sempadan.

PAT

Menurutnya pada masa ini ATM telah pun menggunakan aset itu untuk kawalan sempadan negara, namun bilangannya perlu ditambah supaya semua agensi keselamatan yang terlibat dapat menggunakannya.

“Kalau kita nak buat pengawasan, kawasan sempadan kita ini bukan rata, tetapi dipenuhi hutan dan berbukit-bukau, kalau kita nak ‘deploy’ (hantar) anggota kita di semua kawasan di daratan, ia akan mengambil masa dan ada kawasan yang kita tidak boleh sampai pun. Tapi dengan dron kita boleh melihat kawasan pada waktu siang atau malam, dan yang lebih penting ia senyap.

tentera

“Oleh yang demikian saya ingin menyeru supaya kita dapat tambahkan lagi aset-aset dron kita ini supaya lebih banyak lagi agensi boleh menggunakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan dron juga dapat mengurangkan kos operasi kawalan di sempadan terutama membabitkan atur gerak aset udara seperti pesawat yang memerlukan kos yang tinggi setiap kali digunakan

 

(Sila LIKE dan Subscribe You Tube Channel DEFENCE SECURITY ASIA)

Sementara itu merujuk kepada Ops Benteng di sempadan bahagian utara negara, Afendi berkata sejak Mei lepas, pelbagai jenis barangan seludup bernilai kira-kira RM58 juta telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa.

tentera

“Ini dengan keupayaan yang kita ada pada masa ini, saya percaya kalau kita dapat tambahkan lagi kita punya keupayaan dari segi pengawsan menggunakan dron, kejayaan lebih besar lagi mungkin kita dapat capai,” katanya.

Ditanya, sama ada pihaknya telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan aset berkenaan, Affendi berkata perkara itu telah dikemukakan sewaktu Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) mula diwujudkan dahulu.

tentera

Kesemua foto adalah daripada laman FB Angkatan Tentera Malaysia.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.