Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Mula Upacara Kebumi Saintis Nuklear, Laung Amaran Balas Dendam

578

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Iran memulakan upacara pengebumian saintis, Dr Mohsen Fakhrizadeh Mahabadi, yang juga digelar “Bapa Pembangunan Senjata Nuklear Iran” hari ini, sambil melaungkan amaran untuk membalas dendam atas pembunuhannya.

Keranda mengandungi jenazahnya akan dibawa ke beberapa masjid di Teheran sebelum dikebumikan esok (Isnin).

Dr Mohsen yang mengetuai bahagian penyelidikan di Kementerian Pertahanan Iran dipercayai dibunuh oleh ejen-ejen perisikan Israel, Mossad ketika berada di dalam kereta di Persian Gulf Square of Absard di timur Teheran.

Ia adalah satu lagi contoh “targeted killing” yang biasanya dilakukan oleh ejen-ejen Israel terhadap musuh negara itu dan saintis-saintis nuklear Iran sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang menjadi sasaran utama agensi perisikan Israel yang mahu membantutkan usaha Iran untuk membangunkan senjata nuklear.

Iran
Pemimpin tertinggi Iran disamping keranda mengandungi jenazah Dr Mohsen. (foto AFP)

Saintis nuklear Iran yang berketurunan Iran-Kurdish mengetuai bahagian penyelidikan di Kementerian Pertahanan negara itu.

Manakala di dalam angkatan Iran, beliau memegang jawatan Brigadier Jeneral.

Iran
Saintis nuklear Iran, Dr Mohsen Fakhrizadeh Mahabadi yang dibunuh oleh ejen-ejen Mossad di Tehera, (foto internet)

Komander Pengawal Revolusi Iran Jen Hossein Salami telah menyatakan Iran akan membalas dendam terhadap kematian Dr Mohsen.

Iran
Kereta membawa Dr Mohsen dihujan peluru yang dilepaskan oleh pembunuhnya. (foto internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.