Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Bakal Guna UAV “RQ-21 Blackjack”

674

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Thailand akan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) taktikal “RQ-21 Blackjack”, yang dijangka diterima oleh negara jiran kita itu pada tahun depan.

Ia diumumkan oleh Joint US Military Advisory Group-Thailand (JUSMAG-T), yang turut mengatakan bahawa anggota tentera Thailand telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan pengendalian sistem UAV terbabit.

Pemilihan UAV taktikal itu menjadikan Thailand sebagai negara pertama menggunakan “RQ-21 Blackjack “ di Asia kerana selain Tentera Laut dan Kor Marin Amerika Syarikat yang menggunakannya, sistem itu juga digunakan oleh tentera Belanda, Poland dan Kanada.

Sistem UAV itu dibangunkan oleh syarikat Boeing Insitu, syarikat sama yang membangunkan sistem UAV “ScanEagle” yang turut digunakan oleh Malaysia dan negara-negara serantau yang lain seperti Filipina dan Indonesia menerusi program Maritime Security Initiative (MSI) yang dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Blackjack
RQ-21 Blackjack bakal digunakan oleh tentera Thailand. (foto internet)

Dibawah program MSI itu, Amerika Syarikat menghibahkan “ScanEagle” itu bertujuan meningkatkan kemampuan negara-negara penerima di dalam mengawasi perairan mereka.

Berbanding dengan “ScanEagle” yang digunakan oleh Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina, “RQ-21 Blackjack” ini adalah lebih besar.

Malaysia telah pun menerima enam buah ScanEagle dan bakal menerima lagi enam buah.

Blackjack
RQ-21 Blackjack boleh terbang selama 16 jam. (foto internet)

Kerajaan Amerika Syarikat membelanjakan US$48 juta untuk membekalkan 34 buah ScanEagle kepada keempat-empat buah negara Asia Tenggara itu.

RQ-21 Blackjack mampu terbang selama 16 jam dan telah digunakan oleh tentera Marin Amerika Syarikat di Iraq dan Syria.

Sistem UAV yang bakal digunakan oleh tentera Thailand itu adalah lebih besar daripada segi saiznya dan endurancenya juga adalah lebih baik, membolehkannya membawa muatan yang lebih berat dan terbang lebih lama berbanding “ScanEagle.”

Blackjack
RQ-21 Blackjack digunakan oleh Amerika Syarikat di Iraq dan Syria. (foto internet)

Bagaimanapun ia menggunakan sistem pelancar dan sistem “recovery” yang sama sebagaimana “ScanEagle.”

Boeing Insitu membangunkan RQ-Blackjack daripada “ScanEagle” yang pada mulanya adalah UAV komersial dan digunakan untuk mengesan ikan tuna di lautan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.