Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ada Rekod Jenayah Tapi Masih Boleh Kerja Gomen, Penyiasat “Bingung”

0 796

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penyiasat kes penyeludupan manusia melibatkan kakitangan Jabatan Imigresen “bingung” selepas mendapati bagaimana seorang saspek boleh menjadi anggota dengan perkhidmatan awam walaupun memiliki rekod jenayah lampau.

Ini kerana seorang anggota Jabatan Imigresen berpangkat KP19 memiliki rekod jenayah atas kesalahan mencuri kenderaan.

Akhbar The New Strait Times dalam laporan mereka hari ini mengatakan, anggota Jabatan Imigresen itu juga adalah anggota kepada sindiket curi kenderaan yang diketuai oleh seorang ejen pekerja asing.

“Kakitangan Jabatan Imigresen itu juga merupakan anggota kumpulan kongsi gelap. Bagaimana seorang yang mempunyai rekod jenayah boleh memasuki perkhidmatan awam. Kaitannnya dengan jenayah terdahulu membawa kepada penglibatan di dalam aktiviti penyeludupan manusia,” kata seorang sumber kepada akhbar berbahasa Inggeris negara itu.

Imigresen

Sebelum, kakitangan berpangkat rendah Jabatan Imigresen itu memiliki empat buah kenderaan mewah iaitu Rolls Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan siasatan juga memaklumkan kepada The New Strait Times bahawa 12 warga asing yang ditahan dalam Ops Selat  itu terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.

Salah seorang ejen pekerja asing yang ditahan itu merupakan orang yang dikehendaki oleh polis.

“Beliau terlibat dengan tiga kes polis, membabitkan kes curi kenderaan dan pelacuran wanita warga China.

Imigresen

“Beliau juga adalah orang yang sama menyimpan kenderaan mewah kakitangan Jabatan Imigresen itu,” kata sumber itu kepada akhbar Bahasa Inggeris tempatan itu.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan setakat ini 56 orang telah ditahan.

Ia termasuk 34 anggota Jabatan Imigresen, 12 ejen pekerja asing dan 10 orang awam.

Imigresen

Sehingga kini pihak berkuasa telah merampas wang tunai sebanyak RM800,000, 26 kenderaan mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi.

Turut dirampas adalah rumah, tanah,barangan kemas dan lain-lain lagi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...