(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat enggan menjual pesawat pejuang mutakhirnya, F-35 kepada Indonesia kerana menganggap negara itu “belum layak” untuk mengoperasikan pesawat pejuang generasi ke-lima.
Perkara itu didedahkan oleh Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat, Muhammad Lutfi kepada media negara itu.
Sebaliknya beliau berkata, Amerika Syarikat mahukan Indonesia menggunakan pesawat-pesawat pejuang negara itu daripada generasi 4 dan 4.5 sebelum dibenarkan membeli pesawat pejuang generasi kelima seperti F-35 Lightning.
Washington mencadangkan supaya Jakarta mendapatkan pesawat pejuang F-16 V Block 72, yang merupakan versi terkini pesawat itu daripada generasi 4.5.
Selain itu terdapat juga pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4 yang boleh digunakan oleh Indonesia sebelum mendapatkan F-35.
Muhammad Lutfi juga mengatakan negara-negara yang berminat mendapatkan F-35 perlu menunggu sekurang-kurangnya 9 tahun sebelum memperolehinya.
“Waiting list adalah 9 tahun,” kata duta besar Indonesia itu.
Kenyataan oleh Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat ini seolah-olah suatu “reality check” kepada Indonesia dan medianya yang telah melaung-laungkan bahawa negara itu mahu mendapatkan pesawat pejuang F-35.
Laungan itu timbul apabila Menteri Pertahanannya Prabowo melawat Amerika Syarikat bulan lepas dan bertemu dengan rakan sejawatnya Mark Esper.
Media Indonesia mendakwa antara perbincangan mereka adalah berkisar kepada kemungkinan Indonesia mendapatkan F-35 daripada Amerika Syarikat.
Nampaknya kenyataan oleh Muhammad Lutfi itu sedikit-sebanyak “menjejakkan kembali kaki” Indonesia ke bumi yang nyata tentang reality dunia sebenar.
Senang cerita, menurut pandangan Washington, Indonesia belum layak atau belum cukup mampu untuk memiliki F-35, sekurangnya-kurangnya pada waktu ini.
Pada masa depan, Insya Allah.
Ia juga menyatakan bahawa hubungan Washington dan Jakarta belum cukup akrab untuk membolehkan Amerika Syarikat memberikan sistem persenjataan yang paling canggih dimilikinya kepada Indonesia.
Indonesia bukan sekutu “Tier-1” kepada Amerika Syarikat.
Kedudukan Indonesia di mata Amerika Syarikat tidak menyamai Singapura, Australia, Jepun dan Korea Selatan yang telah pun menerima kebenaran oleh Washington untuk membeli pesawat pejuang F-35 itu buatannya itu.
Takpelah, Indonesia boleh membeli pesawat pejuang generasi kelima yang lain di dalam pasaran. SU-57 masih ada…….
Comments are closed.