Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Indonesia Bakal Guna Kapal Perang Destroyer…

0 934

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas ini, tentera Indonesia bakal dilengkapi dengan kapal-kapal destroyer sekiranya rancangan kerajaan Jepun untuk mengeksport kapal-kapal perang terbabit ke negara Asia Tenggara itu menjadi kenyataan.

Hebat la tentera laut Indonesia, dengan menjadi tentera laut pertama di Asean yang bakal dilengkapi kapal perang kelas itu.

Untuk kapal perang destroyer (pemusnah), dianggarkan berat kapal kelas itu adalah melebihi 8,000 tan.

“Arleigh Burke” versi Jawa ke?

So, kehadiran kapal-kapal perang destroyer ke dalam armada tentera laut Indonesia itu bakal melonjakkkan kekuatan tentera laut negara jiran Malaysia itu.

Japan
Deretan kapal destroyer “Murasame” Tentera Laut JMSDF Jepun. (sumber internet)

Bagaimanapun admin tidak pasti sama ada Jepun kini dibenarkan mengeksport peralatan perang ke luar negara kerana mengikut undang-undang negara Matahari Terbit itu, Tokyo tidak dibenarkan menjual senjata ke luar negara.

Atau mungkin Jepun telah meminda undang-undang itu bagi berhadapan dengan tindakan agresif tentera China.

Tindakan Jepun di bawah Perdana Menterinya Yoshihide Suga yang baharu itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk mengekang pengaruh China di Asia dan memastikan visi “Free and Open Indo Pacific”, terutamanya Laut China Selatan.

Menurut laporan oleh akhbar Jepun, Yomiuri Shimbun, rancangan mengeksport kapal-kapal perang destroyer milik Jepun ke Indonesia adalah usaha bersama di antara kedua-dua negara.

Indonesia
Kapal tentera laut Indonesia. (sumber internet)

Akhbar tersebut mengatakan Indonesia mempunyai rancangan untuk membeli sekurang-kurangnya empat buah kapal perang daripada Jepun.

Dua daripada kapal perang itu akan dibeli terus daripada Jepun, manakala dua lagi dibina di limbungan kapal dalam negara.

Mungkin Jepun bercadang menjual kapal-kapal perang sama ada dengan harga yang amat berpatutan atau sebahagian daripada pinjaman luar negaranya.

Kerana kalau mengikut harga pasaran, kapal perang destroyer adalah amat mahal kerana peralatan dan sistem yang dibawahnya adalah moden dan canggih.

Japan
Kapal kelas destroyer tentera laut Jepun. (sumber internet)

Atau satu lagi kemungkinan adalah, Jepun mungkin mahu memindahkan kapal-kapal destroyer yang berada dipenghujung perkhidmatan tentera laut kepada negara-negara sahabat.

Ia sebagaimana yang dilakukan terhadap kapal-kapal pengawal pantainya, yang dipindahkan kepada beberapa negara seperti Vietnam dan Malaysia.

Kalau program macam ini pun ok kerana kita memperolehi asset secara percuma.

Cuma admin agak terkilan la kerana Jepun kini memberi perhatian lebih kepada Indonesia dan Vietnam, kita pulak dianaktirikan.

Yelah, kita kan kawan baik China…

Nanti Pak Long Xi Jinping hibahkan kapal destroyer dia lak kat kita.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...