Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat dan Jepun Ketepikan Malaysia?

0 91

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya Amerika Syarikat dan sekutu utamanya di Asia,  Jepun menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang “condong” kepada China berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini.

Dalam lain perkataan, pentadbiran Presiden Donald Trump admin dapat rumuskan telah membuat keputusan bahawa Kuala Lumpur adalah sekutu China di Asia Tenggara, berkemungkinan kerana kita dilihat amat rapat dengan negara Komunis itu.

Pembuat-pembuat dasar luar negara (i.e Wisma Putra) kena akui sahajalah, bahawa kita ini dilihat oleh dunia luar sebagai negara sekutu China, disebabkan sikap dan tindakan kita sendiri yang seolah-olah “takut” dengan Beijing dalam beberapa isu terutamanya berkenaan Laut China Selatan.

China
Kapal perang China di Laut China Selatan.

Nak protes secara terbuka pencerobohan China ke dalam perairan negara pun kita teragak-agak. Tak habis-habis “nak pelihara hubungan baik kedua negara.”

Jika China mahukan hubungan baik dengan Malaysia, dia tidak hantar kapal-kapal pengawal pantainya untuk menceroboh perairan negara. 

Malaysia ini bukan sahaja mempunyai hubungan diplomatik yang amat rapat dengan China, tetapi Beijing juga adalah rakan perdagangan terbesar kita.

Malah jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan China adalah terbesar di rantau ini dengan melebihi US$100 bilion setahun.

Dua tiga minggu ini, Asia Tenggara telah menerima kunjungan pemimpin utama Amerika Syarikat dan Jepun.

Vietnam
Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan rakan sejawat Vietnam Nguan Xuan Phuc.

Mereka adalah Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan Perdana Menteri Jepun yang baru, iaitu Yoshihide Suga yang baru sahaja menggantikan perdana menteri yang lama berkhidmat, Shinzo Abe.

Sejurus selepas dilantik menggantikan Abe, Suga menjadikan Asia Tenggara sebagai destinasi luar negara yang pertama untuk dilawatinya, mengekalkan rantau strategik ini kekal penting dalam rangka geo-strategiknya dan hubungan luarnya.

Beliau membuat keputusan untuk melawat Vietnam dan Indonesia. Malaysia tak masuk dalam list.

Kenapa beliau tidak mahu tidak melawat Malaysia, sedangkan negara inilah yang mempunyai dasar pembangunan yang amat pro-Jepun seperti “Dasar Pandang Ke Timur” (Look East Policy).

Negara-negara lain dalam Asia Tenggara, tiada dasar pro-Jepun macam kita.

Pompe
Mike Pompeo dan rakan sejawatnya daripada Vietnam baru-baru ini.

Janganlah gunakan alasan bahawa Vietnam adalah rotating chairman ASEAN manakala Indonesia adalah antara “founding father of the regional grouping” itu. Alasan tu tak boleh pakai.

Mungkin Jepun pun sudah berputus-asa dengan Malaysia, apatah lagi dengan tindak-tanduk pemimpin kita yang amat “play safe” apabila berhadapan dengan tindak-tanduk agresif  China di Laut China Selatan.

Dasar luar negara Malaysia yang “berkecuali” (non-aligned) itu sebenarnya dilihat oleh Washington dan Tokyo sebagai memihak kepada Beijing.

Walaupun mungkin Wisma Putra tidak mahu mengakuinya, tetapi itu adalah  “the hard truth.”

“You are with us or against us”, mungkin itu yang diperkatakan oleh Washington dan Tokyo.

Yang datang melawat Malaysia baru-baru ini adalah Menteri Luar China, Wang Yi. “

Kedatangan Wang Yi ke Malaysia baru-baru ini bolehlah diibaratkan sebagai “our consolation prize.” Kita ni dah macam berada di dalam “diplomatic wilderness.”

Wang Yi
“Diplomasi Vaksin” antara Wang Yi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dua tiga hari lepas, top diplomat Amerika Syarikat iaitu Setiausaha Negara Mike Pompeo melawat negara-negara Asia seperti India, Sri Lanka, Maldives, Indonesia dan akhirnya, Vietnam.

Sekali lagi Malaysia diketepikan, dan sekali lagi Vietnam dan Indonesia adalah negara yang lebih penting di mata pembuat dasar-dasar luar Washington.

Nampaknya, sedikit-demi-sedikit negara ini tidak lagi kelihatan penting di mata Amerika Syarikat dan Tokyo.

Dan kesannya bukan sahaja di dalam bidang hubungan luar negara, tetapi apa yang dikhuathiri apabila Washington dan Tokyo mula menganggap Malaysia sebagai sekutu Beijing di Asia Tenggara, sektor lain juga akan ikut terjejas.

Adakah kita akan melihat sektor-sektor swasta Jepun dan Amerika Syarikat mengurangkan pelaburan mereka di Malaysia selepas ini ?

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...