Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Wind Tunnel” Untuk Anggota Komando Grup Gerak Khas (GGK)

Wind Tunnel membenarkan anggota tentera berlatih dalam melakukan terjunan dengan membawa kelengkapan yang penuh dan senjata, tanpa perlu menaiki pesawat pengangkut untuk melakukan terjun yang sudah semestinya mengurangkan risiko terhadap keselamatan mereka, selain mengurangkan perbelanjaan.

0 6,206

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan iklan sebut harga bagi perkhidmatan sewaan “Wind Tunnel” pasukan bagi formasi 21 GGK (Grup Gerak Khas).

Iklan sebut harga untuk sewaan “wind tunnel” (kemungkinan adalah military grade wind tunnel) itu telah dipaparkan di dalam laman e-perolehan kerajaan Malaysia pada 1 Sept lepas dan berakhir pada 12 tengah hari tadi.

Sewaan “wind tunnel” itu adalah untuk kegunaan pasukan 11 RGK (Rejimen Gerak Khas), 21 (Komando) KDO dan 22 (Komando) KDO serta Tim Payujun.

Peralatan terbabit perlu dihantar ke Markas 21 Gerup Gerak Khas,Kem Iskandar, 8600 Mersing, Johor.

Iklan sebut harga yang dipaparkan itu tidak menyatakan dengan jelas tempoh sewaan Wind Tunnel itu adalah untuk berapa lama.

Wind Tunnel

Military Grade Wind Tunnel itu berkemungkinan adalah untuk latihan payung terjun untuk anggota-anggota komando Grup Gerak Khas.

Admin pun baru tahu bahawa pasukan-pasukan komando dunia menggunakan wind tunnel untuk memperbaiki teknik dan taktik terjunan anggota-anggota mereka selain mempersiapkan mental mereka dalam melakukan terjunan free fall. (admin tahu pusat peranginan Genting turut menyediakan Wind Tunnel untuk pengunjungnya)

Wind Tunnel membenarkan anggota tentera berlatih dalam melakukan terjunan dengan membawa kelengkapan yang penuh dan senjata, tanpa perlu menaiki pesawat pengangkut untuk melakukan terjun yang sudah semestinya mengurangkan risiko terhadap keselamatan mereka, selain mengurangkan perbelanjaan.

GGK
Kredit (Reddit)

 

Terdapat juga Wind tunnel yang juga boleh diubahsuai untuk menyamai terjunan sama ada di dalam keadaan cuaca berkabus, hujan atau pada waktu malam sehinggalah pada suhu pada altitude yang tinggi.

Ini semua baik untuk menajamkan lagi skill dan persediaan mental bagi anggota-anggota komando kita sebelum mereka melakukan penerjunan dalam misi yang sebenar.

Admin tak pasti selain Malaysia yang menggunakan Wind Tunnel untuk latihan payung terjun anggota tenteranya, negara mana lagi di Asia Tenggara yang menggunakan peralatan itu.

Kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh berkongsi.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...