Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Russia Tawar Wang Tunai Supaya Musnah Kereta Kebal Barat Di Ukraine

Syarikat-syarikat Russia menawarkan hadiah-hadiah wang tunai termasuk lima juta Roubles (US$72,000) kepada mana-mana anggota tentera Russia yang berjaya muncul anggota pertama memusnah atau menawan kereta kebal buatan Barat di Ukraine atau 15 juta Roubles (US$215,000) kepada yang berjaya tembak jatuh pesawat pejuang Barat.

0 3,152

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika Amerika Syarikat dan sekutu Eropah berlumba-lumba mahu menghantar kereta kebal ke Ukraine, syarikat-syarikat Russia pula tampil mengemukakan tawaran wang tunai kepada mana-mana anggota tenteranya yang berjaya muncul sebagai individu pertama yang berjaya memusnahkan atau menawan kereta kebal buatan negara Barat itu.

Mana-mana anggota tentera Russia yang berjaya muncul sebagai individu pertama berjaya memusnahkan atau menawan kereta kebal negara Barat akan dihadiahkan wang tunai sebanyak lima juta Roubles (US$72,000).

Anggota tentera yang berjaya menawan atau memusnahkan kereta kebal Barat selepas itu pula akan menerima 500,000 Roubles (US$7,200).

Abrams
Kereta kebal Abrams

 

Syarikat Russia yang mengemukakan tawaran wang tunai tersebut kepada anggota tentera Russia dikenali sebagai “Fores” yang membuat produk bagi industri tenaga.

Jurucakap syarikat Fores itu mengatakan bahawa pihak Amerika Syarikat dan NATO telah menyalurkan pelbagai jenis sistem persenjataan bernilai berbilion-bilion dollar Amerika kepada Ukraine, yang mengakibatkan konflik di negara itu semakin merebak.

Syarikat itu juga menawarkan 15 juta Roubles (US$215,000) kepada mana-mana anggota tentera yang berjaya menawan atau menembak jatuh pesawat pejuang buatan negara Barat sekiranya senjata itu turut dibekalkan kepada Ukraine.

Sementara itu, pelakon dan pengarah terkenal Russia, Ivan Okhlobystin turut tampil menyatakan bahawa beberapa industri Russia menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada sesiapa sahaja yang berjaya menawan atau memusnahkan kereta kebal Abrams yang dibuat oleh Amerika Syarikat.

Leopard
Canselor Jerman Olaf Scholz bersama kereta kebal Leopard 2.

 

Beliau mendakwa bahawa wakil-wakil daripada industri Russia menjanjikan hadiah berbentuk wang tunai sehingga 10 juta Roubles (US$141,000) bagi mereka yang berjaya menawan atau memusnahkan kereta kebal buatan negara-negara Barat.

Beberapa saluran Telegram ketenteraan Russia juga menawarkan hadiah wang tunai sebanyak 1 juta Roubles kepada anggota tentera negara itu yang berjaya memusnahkan kereta perisai BMP M2 Bradley apabila kenderaan buatan Amerika Syarikat itu mula dikerah di medan peperangan.

Tawaran-tawaran wang tunai kepada anggota tentera Russia yang berjaya menawan atau memusnahkan kereta kebal buatan negara Barat itu muncul selepas Washington mengesahkan ia akan membekalkan 31 buah kereta kebal M1A2 Abrams kepada Ukraine.

Beberapa hari lepas, Presiden Amerika Syarikat Jo Biden mengumumkan bahawa negara itu akan mengirimkan 31 buah kereta kebal Abrams kepada Ukraine untuk digunakan oleh tentera negara itu bagi menentang pencerobohan tentera Russia.

ukraine
Anggota tentera Russia dengan peluru berpandu anti-kereta kebal.

 

Kerajaan Jerman dipimpin oleh Canselor Olaf Scholz turut memutuskan bahawa Berlin akan menghantar 14 buah kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine serta membenarkan negara lain untuk “menyumbang” kereta kebal tersebut dimiliki mereka itu pada Kiev.

Penghantaran 14 buah kereta kebal Leopard milik tentera Jerman ke Ukraine itu akan disusuli oleh negara-negara lain yang turut memiliki kereta kebal itu seperti Poland, Sepanyol, Finland, Belanda dan Norway.

Britain juga menyatakan komitmen untuk membekalkan 14 buah kereta kebal Challenger 2 manakala Perancis juga sedang mengkaji untu membekalkan kereta kebal utama Leclerc kepada Ukraine.

Duta Russia ke Amerika Syarikat Anatoly Antonov dilaporkan berkata bahawa jika kereta kebal Abram dihantar ke Ukraine, ia akan dimusnahkan oleh tentera Russia.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

“Jikalau keputusan menghantar kereta kebal Abrams itu dibuat, kereta kebal Amerika Syarikat itu (Abrams) akan dimusnahkan sebagaimana kelengkapan-kelengkapan tentera NATO yang dihantar ke Ukraine,” kata beliau.

Dengan berat 72 tan, kereta kebal Abrams dilengkapi enjin gas turbine Honeywell AGT1500 berkuasa 1,500 kuasa kuda dan meriam 120mm bagi membolehkannya memusnahkan bukan sahaja kereta kebal musuh tetapi juga kenderaan perisai dan pelbagai sasaran lain daripada jarak beberapa kilometer.

Kereta kebal Abrams yang dibangunkan oleh General Dynamics Land Systems merupakan antara kereta kebal utama terbaik dunia.  — DSA

Comments
Loading...