Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO]Amerika Jual 40 Buah Meriam M-109A6 Kepada Taiwan Bernilai RM3.1 Bilion

Turut sama dalam pakej itu adalah penjualan 1,700 kit yang membolehkan bom-bom “bodoh” ditukar menjadi bom-bom pintar yang berpandukan kepada GPS (Global Positioning System).

0 1,302

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Amerika Syarikat Jo Biden telah meluluskan penjualan sejumlah 40 buah self-propelled howitzer M-109A6 “Paladin” bernilai US$750 juta (RM3.1 billion) kepada Taiwan, dalam tindakan yang bakal memarakkan lagi persengketaan antara Washington dan Beijing berkenaan negara pulau itu.

Turut sama dalam pakej itu adalah penjualan 1,700 kit yang membolehkan bom-bom “bodoh” ditukar menjadi bom-bom pintar yang berpandukan kepada GPS (Global Positioning System).

Penjualan itu diumumkan dalam notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kepada Kongres negara itu.

Bagaimanapun, pengumuman itu bukanlah bermakna penjualan sudah berlaku kontraktor bertanggungjawab iaitu BAE Systems Land and Armaments (dulu United Defense) masih perlu melakukan rundingan dengan negara pulau itu terlebih dahulu sebelum memuktamadkan penjualan.

Apa yang pasti, China sudah pasti akan “melompat” dengan kemarahan dengan penjualan senjata itu kerana penggunaan senjata itu sudah pasti akan disasarkan kepada tenteranya bagi menghalang usaha China untuk “bersatu” semula dengan Taiwan.

Buat masa ini, Beijing masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan Washington menjual sistem meriam bergerak dan kit bom itu kepada Taiwan.

Meriam M-109A6 yang bakal diperolehi oleh Taiwan itu akan digunakan bagi menambahbaik sistem sedia ada daripada versi terdahulu yang digunakan oleh tentera negara itu.

Ia sudah pastikan akan digunakan untuk menahan sebarang serangan penaklukan oleh China.

Manakala bagi kit untuk bom itu pula akan memastikan Taiwan dapat menggunakan peluru-peluru modular bagi sistem M-109A6 serta projektil XM92 Excalibur yang bukan sahaja lebih jauh jarak tembakannya tetapi juga meningkatkan ketepatannya yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon dan Bofors Defense (anak syarikat BAE Systems).

Versi terbaru projektil Excalibur ini dikatakan boleh bedil sehingga 70km.

Excalibur
Peluru “Excalibur”.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...