Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kami Tidak Takut Berperang Dengan Amerika Syarikat, Sekutunya” – China

Latihan-latihan itu membabitkan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth dan Carrier Strike Group 2021 (CSG21) di perairan Pasifik Barat serta apa yang dipanggil “Large Scale Global Exercise 21 (LSGE21)” di serata dunia termasuk di Indo-Pasifik.

0 3,193

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat telah dan akan memulakan latihan besar-besaran terutamanya di kawasan Indo-Pasifik sebagai persediaan untuk berhadapan dengan sikap agresif China terutamanya di Laut China Selatan, yang didakwa adalah miliknya.

Latihan-latihan itu membabitkan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth dan Carrier Strike Group 2021 (CSG21) di perairan Pasifik Barat serta apa yang dipanggil “Large Scale Global Exercise 21 (LSGE21)” di serata dunia termasuk di Indo-Pasifik.

So apakah reaksi China dengan tindakan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya itu?

“Dari masa ke masa, Amerika Syarikat cuba menunjukkan kepada China dan Russia bahawa ia amat baik dalam berperang dan tidak tidak takut untuk berperang dengan kedua-dua negara itu. “

“Bagi China, kita mesti menunjukkan kepada Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa kita mencintai kedamaian tetapi kita tidak pernah takut untuk berperang dengan Amerika di Selat Taiwan dan juga Laut China Selatan.

China

Kita bersungguh-sungguh dan berkemampuan untuk berperang sehingga ke peringkat terakhir dan mengalahkan mereka sekiranya kawasan-kawasan ini diserang oleh Amerika Syarikat,” sebagaimana yang dikatakan oleh akhbar, Global Times milik Parti Komunis China.

Akhbar itu menyifatkan kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya di Laut China Selatan itu tidak ubah seperti “arnab-arnab” yang sedang berpesta tanpa mengetahui bahawa China sedang mensasarkan senjata kearah mereka.

Tidak mahu mengalah kepada Amerika Syarikat dan sekutunya, Beijing turut mengarahkan tentera untuk mengadakan latihan yang besar bermula Jumaat ini hingga ke Selasa berhampiran kawasan perairan di Pulau Hainan hingga ke perairan di Kepulauan Spratly sebagai respons terhadap latihan yang dianjurkan oleh U.S Indo-Pacific Command.

Pemerintahan Amerika Syarikat-Indo Pacific (U.S Indo-Pacific Command) melancarkan latihan tentera terbesar dalam tempoh empat dekad di rantau Indo-Pasifik yang turut disertai oleh Jepun, Australia dan Britain dinamakan “Large Scale Global Exercise 21 (LSGE21)”.

HMS Queen

Latihan yang bermula pada Isnin dan berakhir pada 27 Ogos nanti meliputi laut, udara dan darat itu diadakan ketika ketegangan semakin memuncak di antaranya dengan China.

Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat, latihan terbabit membuktikan kepada musuhnya bahawa pihak tentera negara itu bersedia untuk apa sahaja disebabkan komitmennya terhadap pihak antarabangsa.

“Large Scale Global Exercise 21 akan melibatkan pasukan-pasukan tentera daripada Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Laut dan Tentera Udara serta Kor Marin, bersama –sama Tentera British, Australia dan Jepun.”

Sekurang-kurangnya 36 kapal laut daripada kapal pengangkut pesawat dan kapal selam akan terlibat dalam latihan itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...