Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Presiden Afghanistan Diserang Roket Ketika Sedang Solat Hari Raya Aidiladha

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa letupan kuat hasil daripada serangan roket itu kedengaran berhampiran kawasan istana ketika Ashraf  dan pegawai kanannya sedang menunaikan solat sunat itu, menyebabkan pegawai-pegawai keselamatan negara itu bergegas untuk meninjau keadaan sekeliling.

0 3,007

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan pegawai kanan negara itu nyaris maut apabila kawasan-kawasan berhampiran istana presiden di Kabul dihujani dengan bedilan roket ketika beliau dan pegawai-pegawai kanannya sedang menunaikan solat sunat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Rakaman oleh stesen televisyen tempatan Tolo News menunjukkan beberapa letupan kuat hasil daripada serangan roket itu kedengaran berhampiran kawasan istana ketika Ashraf  dan pegawai kanannya sedang menunaikan solat sunat itu, menyebabkan pegawai-pegawai keselamatan negara itu bergegas untuk meninjau keadaan sekeliling.

Presiden Afghanistan dan pegawai kanan negara itu meneruskan solat sunat Aidiladha itu walaupun kawasan istana presiden itu digegarkan dengan bedilan-bedilan roket terbabit.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan Mirwais Stanekzai mengesahkan bahawa roket-roket itu meletup di luar kawasan istana dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada 8 pagi (waktu tempatan) tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Beliau berkata sekurang-kurang tiga bedilan roket mengenai ibu kota Afghanistan itu.

 

Istana presiden Afghanistan dan kedutaan Amerika Syarikat itu terletak di dalam kawasan Zon Hijau di Kabul itu yang dikawal dengan ketat oleh anggota tentera Afghanistan.

Bercakap kepada stesen televisyen Al-Jazeera, jurucakap Taliban Zabhihullah Mujahid menafikan bahawa anggota kumpulannya bertanggungjawab terhadap serangan yang mensasarkan presiden negara itu ketika beliau sedang menunaikan solat sunat Aidiladha.

Afghanistan
Kesan bedilan daripada roket-roket di Kabul. (gambar kredit Tolo News)

 

Sebaik sahaja tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan dua minggu lepas, anggota Taliban telah meningkatkan serangan terhadap kedudukan tentera negara itu dan telah berjaya menakluk sejumlah besar daerah negara itu.

Bagaimanapun kemaraan anggota Taliban itu telah menerima tentangan sengit daripada anggota tentera Afghanistan dan kumpulan-kumpulan bersenjata dengan bersekutu dengan kerajaan pusat pimpinan Presiden Ashraf Ghani.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...