Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Turki Tuduh Kumpulan Pengganas, “PKK” Cetus Kebakaran Besar Hutan Negara Itu

Ini berikutan tindakan salah kumpulan yang bersekutu dengan PKK dikenali dengan nama “Children of Fire Initiative" yang menggalakan mereka yang bersimpati dengan perjuangannya untuk memulakan serangan khianat sebagai salah cara untuk menyerang balas pihak berkuasa Turki.

0 853

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media dan netizen serta kerajaan Turki kini menuding jari kepada kumpulan pengganas “PKK” (Kurdistan Workers Party) sebagai pihak yang dipercayai bertanggungjawab terhadap insiden kebakaran hutan besar yang berlaku di selatan negara itu.

Ini berikutan tindakan salah kumpulan yang bersekutu dengan PKK dikenali dengan nama “Children of Fire Initiative” yang menggalakan mereka yang bersimpati dengan perjuangannya untuk memulakan serangan khianat sebagai salah cara untuk menyerang balas pihak berkuasa Turki.

Kumpulan itu meminta anggotanya supaya membunuh mana-mana pihak yang cuba menghalang tindakan mereka membakar hutan-hutan itu.

Selain itu, mereka yang bersimpati dengan pihak PKK turut mengalu-alukan kebakaran hutan itu di dalam akaun Twitter mereka.

Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan berkata, penyiasat-penyiasat sedang berusaha untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab melakukan kebakaran itu.

“Kita berharap agar pihak polis dan pihak perisikan akan melakukan analisis terhadap setiap petanda, maklumat dan perisikan terhadap isu ini. Kami amat terganggu dengan dakwaan sabotaj dan serangan khianat.”

“Jikalau ada pengkhianat yang sanggup membakar negara kami, adalah menjadi tanggunghjawab kita semua untuk menangkap mereka dan memastikan mereka menerima hukuman yang setimpal,” katanya.

Erdogan berkata, pihaknya sedar bahawa kebakaran hutan di negara itu telah meningkat sekali ganda selepas kumpulan pengganas mengeluarkan arahan kepada anggota mereka untuk memulakan siri-siri kebakaran hutan itu.

Beliau telah secara jelas merujuk kepada PKK.

“Kita mahu menghapuskan sel-sel kumpulan pengganas itu di bandar-bandar, sama seperti kita berjaya menghapuskan mereka dikawasan-kawasan pergunungan dan luar daripada itu,” kata Erdogan.

Turki

Semalam, pihak keselamatan Turki telah mengesan dua lelaki selepas mereka cuba membakar semak-samun berhampiran sebuah pusat latihan tentera negara itu.

Pada 28 Julai, pihak keselamatan sebuah kem latihan artilleri di Ankara telah menahan seorang lelaki yang cuba membakar kawasan semak berhampiran kem itu.

Sementara itu Menteri Pertanian dan Perhutanan Turki Bekir Pakdemirli berkata, sehingga semalam pihak berkuasa negara itu telah berjaya memadamkan 107 daripada 112 kebakaran hutan yang berlaku di negara itu.

Sehingga ini, lapan orang disahkan terbunuh akibat kebakaran hutan itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...