Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

HMS Queen Elizabeth, CSG21 Tinggalkan Laut China Selatan, Kini Berada Di Pasifik Barat

Ia diumumkan oleh Komander CSG21 Commodore Steve Moorhouse dalam akaun Twitter beliau.

0 2,077

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal Carrier Strike Group 2021 (CSG21) kini tidak lagi berada di Laut China Selatan selepas  mengumumkan bahawa ia kini belayar di Selat Luzon menuju ke bahagian barat Lautan Pasifik.

Ia diumumkan oleh Komander CSG21 Commodore Steve Moorhouse dalam akaun Twitter beliau.

Menurut Moorhouse lagi,  dengan ketibaan CSG21 di Pasifik Barat menandakan mereka telah belayar sejauh 10,000 batu nautika sejak memulakan pelayaran mereka di Portsmouth, Brittain beberapa bulan lepas.

Kapal pengangkut pesawat British dan kapal-kapal perangnya sebelum itu dikesan belayar di Laut China Selatan, yang menyaksikan peningkatan ketegangan dengan China yang mendakwa sebahagian besar daripada perairan itu adalah miliknya.

Kebimbangan Beijing terhadap kehadiran HMS Queen Elizabeth dan kapal pengiringnya di Laut China Selatan terbukti dengan akhbar-akhbar seliannya mengeluarkan pelbagai amaran kepada Britain supaya tidak melakukan sebarang provokasi.

HMS Queen

“Kami memberi amaran yang keras kepada kumpulan ini (HMS Queen Elizabeth dan CSG21) bahawa mereka perlu mematuhi peraturan dan mengikuti laluan perkapalan antarabangsa sedia ada dan kekal menjauhi jarak 12 batu nautika daripada pulau-pulau dan terumbu karang milik China itu.”

Amaran keras itu telah dikeluarkan oleh akhbar nasionalis, Global Times yang dimiliki oleh Parti Komunis China serta kerajaan negara itu.

“Kami mahu memberi nasihat kepada sekutu-sekutu Amerika Syarikat supaya berhati-hati supaya menjauhi daripada garisan merah yang diletak oleh China, jangan terus memaksa. China akan mempertahankan kedaulatan dan integriti sempadannya,” kata akhbar itu.

Kini apabila HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiring meninggalkan Laut China Selatan, admin menjangkakan suhu (temperature) atau api kemarahan China terhadap Britain itu akan menurun sedikit.

Kapal pengangkut pesawat British itu dan kapal-kapal pengiringnya dijangka mengadakan beberapa latihan dengan negara-negara sekutunya ketika berada di Laut Filipina sepanjang bulan Ogos ini.

HMS Queen Elizabeth

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kerjasama dan interoperability dengan kapal-kapal perang sekutunya seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Antara latihan yang bakal diadakan CSG21 dengan sekutunya termasuk anti-peperangan kapal selam dengan US Pacific Fleet melibatkan helikopter, pesawat peronda anti-kapal selam serta kapal-kapal selam.

Sebanyak 30 buah pesawat F-35B Lightning II yang berada di atas dek HMS Queen Elizabeth itu juga akan mengadakan latihan dengan pesawat-pesawat daripada sekutunya.

Selepas berada di Laut Filipina, HMS Queen Elizabeth dan CSG21 dijadualkan singgah di Guam, yang merupakan pangkalan tentera utama Amerika Syarikat di Pasifik Barat.

Ini ditambah pula kerana terdapat laporan mengatakan 100 anak kapal HMS Queen Elizabeth telah dijangkiti COVID-19.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...