Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tentera Pengaman Indonesia Berdepan Detik Cemas, Berhadapan Kereta Kebal “Merkava” Israel

Tugas sebagai tentera pengaman di Lubnan sememangnya berisiko tinggi.

7,714

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota tentera negara jiran  kita, Indonesia berhadapan dengan detik-detik cemas apabila mereka terpaksa berhadapan dengan tiga buah kereta kebal utama “Merkava” Israel di sempadan Lubnan dan Israel.

Menurut maklumat yang disalurkan oleh akaun Twitter Pusat Penerangan Tentera Nasional Indonesia (TNI), kejadian berlaku di selatan Lubnan.

Indobatt
Gambar kredit TNI

 

Kejadian itu berkemungkinan berlaku kerana anggota tentera Indonesia (INDOBATT)  yang merupakan sebahagian daripada tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu “UNIFIL” (United Nations Interim Force in Lebanon) mahu meredakan keadaan di sempadan itu.

Tentera Indonesia terbabit yang turut dibantu oleh kenderaan berperisai mahu meredakan keadaan dan memastikan kereta kebal Merkava itu daripada terus menceroboh sempadan Lubnan dan seterusnya bertembung dengan tentera nasional Lubnan. Kejadian yang sama turut berlaku tahun lepas yang berjaya dirakam. Di dalam itu video jelas kelihatan beberapa anggota tentera Lubnan yang berkawal di sempadan itu lengkap membawa pelancar RPG dan nampak seolah-olah sudah bersedia untuk melepaskan tembakan jika kereta kebal Israel itu meneruskan kemaraan mereka.

 

(Kejadian berlaku tahun lepas)

Sekiranya, tentera nasional Lubnan itu melepaskan tembakan RPG ke arah kereta kebal Merkava (walaupun tembakan itu tidak memberi kesan terhadap Merkava), kedaan mungkin akan menjadi lebih buruk lagi.

Daripada satu tembakan RPG, keadaan boleh bertukar menjadi peperangan.

Mungkin, kerana bimbang kejadian akan menjadi lebih buruk itulah yang mendorong tentera pengaman Indonesia terpaksa “berdiri ditengah-tengah” di antara kereta kebal Israel dan tentera nasional Lubnan yang lengkap bersenjata.

Itu adalah sebahagian daripada tugas-tugas yang terpaksa dipikul oleh anggota pengaman PBB termasuk anggota MALBATT kita yang kini turut berada di Lubnan. (Admin harap pihak kita dapat release cerita-cerita macam ni supaya kita diMalaysia tahu tentang bahaya yang dihadapi oleh anggota MALBATT kita Lubnan)

Jangan terlalu PR sangat, hanya tunjukkan benda-benda “clean”, sampaikan rakyat tak tahu tentang situasi sebenar tugasan anggota kita di Lubnan itu yang amat berisiko tinggi dan merbahaya.

Pada admin, tugas-tugas yang terpaksa dipikul oleh anggota tentera kita dan anggota tentera Indonesia di Lubnan ini adalah berat dan sentiasa berhadapan dengan ranjau kerana situasi di sana itu yang begitu “fluid” dan boleh menjadi konflik yang besar dalam sekelip mata sahaja.

Itu tidak ditambah terpaksa anggota pengaman berhadapan dengan pelbagai kumpulan bersenjata atau militia di Lubnan seperti Hezbollah, Druze, Christian Maronite, Syiah, Sunni and Palestin.

Keadaan di Lubnan ni memang “explosive”, yang memerlukan “a delicate balancing act” daripada semua pihak berkepentingan  dan kita doakan semua anggota pengaman PBB sama ada daripada Malaysia, negara jiran kita Indonesia dan negara-negara lain yang terbaik dan sentiasa selamat dalam menjalankan tugas mereka.

Indobatt
Gambar kredit TNI

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.