Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Syarikat India Sahkan Penyertaan Pesawat Tejas MK1 Dalam Tender LCA/FLIT TUDM

Seorang pegawai kanan HAL yang dimiliki oleh kerajaan itu memberitahu akhbar India, Financial Express, mengesahkan syarikat akan memberi maklum terhadap tender Kementerian Pertahanan dan makluman itu akan diserahkan pada akhir September.

0 2,103

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Syarikat pengeluar pesawat Tejas MK1, Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dijangka akan memberi makluman di akhir September kepada tender yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk membeli 18 buah pesawat Light Combat Aircraft/Fighter Lead-In Trainer (LCA/FLIT).

Seorang pegawai kanan HAL yang dimiliki oleh kerajaan India itu memberitahu akhbar India, Financial Express, mengesahkan syarikat akan memberi maklum terhadap tender Kementerian Pertahanan dan makluman itu akan diserahkan pada akhir September.

Tender Kementerian Pertahanan bagi 18 buah pesawat LCA/FLIT itu akan tamat pada akhir September ini.

Kenyataan daripada pegawai kanan syarikat itu hanya mengesahkan minat HAL untuk menawarkan pesawat Tejas MK1 untuk bersaing  dengan pesawat daripada syarikat lain bagi memenangi tender Malaysia untuk bekalan 18 hingga 36 buah pesawat LCA/FLIT.

Pada awal tahun ini, pengerusi syarikat pembuat pesawat India itu, R Madhavan berkata kepada akhbar yang sama bahawa beberapa negara Asia Tengara dan Timur Tengah telah menunjukkan minat terhadap pesawat Tejas MK1 yang dibangunkan oleh India.

 

“Dengan harga US$41.5 juta , versi export pesawat Tejas MK1 itu adalah berlainan daripada versi pesawat sama yang akan dioperasikan oleh Tentera Udara India,” katanya.

HAL mengatakan pesawat Tejas MK1 pada harga itu adalah termurah di dalam pasaran, tetapi harga itu tidak termasuk pelbagai perkhidmatan lain yang akan ditawarkan kepada negara-negara luar.

Menurut akhbar India itu lagi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menunjukkan minat terhadap pesawat Tejas sejak seawal 2019, malah pesawat buatan India itu turut menyertai pameran LIMA di Langkawi.

Bagaimanapun HAL perlu bersaing dengan beberapa lagi syarikat pembuat pesawat termasuk KAI daripada Korea Selatan yang menawarkan F-50, Leonardo yang tawarkan M-346, Pakistan/India yang tawarkan JF-17 dan Russia dengan YAk-130.

Akhbar Financial Express itu menakrifkan pesawat Tejas MK1 itu sebagai pesawat moden “Fly-By-Wire” yang telah direkabentuk dan dibangunkan oleh Aeronautical Development Agency (ADA) dan HAL.

tEJAS

Ia adalah pesawat Gen-4+ dan datang dengan glass cockpit dan Satellite aided Inertial Navigation System.

Tejas MK1 berkemampuan melancarkan peluru berpandu “Beyond Visual Range (BVR)” dan membawa pelbagai Precision Guided Munitions (PGM) untuk misi-misi di udara darat dan laut.

Selain itu, ia juga boleh melakukan pengisian minyak di udara sekaligus menambah jarak penerbangannya.

Manakala siling penerbangannya adalah 50,000 kaki.

Pesawat buatan India itu menggunakan General Electric 85kN F404-GE-IN20 turbofan engine.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...