Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Dron Terbaru Turki, “MIUS” Bakal Beroperasi Dari Kapal “Anadolu”

Kapal “Anadolu” yang digelar “mini aircraft carrier” itu merupakan kapal LHD seberat 27,400 tan (full displacement) yang dijangka memasuki operasi Tentera Laut Turki pada tahun depan.

0 2,491

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Firma pembuat pesawat tanpa pemandu (UAV) Turki, Baykar Defense sedang membangunkan pesawat kombat tanpa pemandu terbaru dipanggil “MIUS” yang direkabentuk supaya boleh berlepas dan mendarat daripada kapal Amphibious Assault Ship negara itu, TCG Anadolu.

Kapal “Anadolu” yang digelar “mini aircraft carrier” itu merupakan kapal LHD seberat 27,400 tan (full displacement) yang dijangka memasuki operasi Tentera Laut Turki pada tahun depan.

Rekabentuk kapal TCG Anadolu itu adalah sama seperti kapal LHD Juan Carlos Tentera Laut Sepanyol.

Menurut syarikat Baykar itu, “MIUS” yang akan menggunakan enjin jet “A1 25” buatan syarikat Ukraine, Ivchenko Progress itu memiliki kemampuan untuk terbang selaju 1.5 Mach dan setinggi 40,000 kaki.

Selain itu, ia juga berkemampuan membawa sebanyak 1.5 tan senjata terdiri daripada bom, peluru berpandu udara-ke-udara dan peluru berpandu udara-ke-darat.

Mius
Dron pesawat kombat berkuasa enjin jet “MIUS” dibangunkan oleh syarikat Baykar.

 

Semalam, syarikat yang turut menghasilkan dron “Bayraktar TB2” itu telah mengeluarkan lakaran-lakaran grafik menunjukkan pesawat kombat tanpa pemandu “MIUS” daripada atas dek kapal TCG Anandolu itu.

Terdapat laporan mengatakan kapal TCG Anadolu itu berkemampuan untuk mengoperasikan kira-kira 50 buah dron Bayraktar TB3.

Sementara itu, “MIUS” bukan sahaja boleh beroperasi secara independent menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) tetapi juga boleh terlibat dalam operasi bersama pesawat pejuang F-16 dan pesawat Gen-5 yang lain.

mius

Sementara itu syarikat Baykar turut menyatakan bahawa dron “Bayraktar TB3” iaitu versi laut (naval version) yang dipertingkatkan daripada “Bayraktar TB2” akan beroperasi daripada kapal amphibious assault ship, TCG Anadolu.

Dron “Bayraktar TB3” dan dron jet “MIUS” akan beroperasi bersama-sama daripada atas dek kapal TCG Anadolu itu.

Kapal TCG Anadolu itu berkemungkinan menjadi kapal pengangkut dron yang pertama di dunia.

Mius

TCG Anadolu sepatutnya mengangkut F-35B Lightning yang dirancang dibeli Turki daripada Amerika Syarikat tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan disebabkan pertikaian antara kedua-dua negara mengenai pembelian sistem pertahanan udara S-400 oleh Ankara.

Tindakan Turki membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia telah menyebabkan Washington mengeluarkan Ankara daripada program pembangunan pesawat F-35 itu.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...