Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bahagian/Serpihan Roket “Long March 5B” China Dijangka Terhempas Di Turkmenistan?

Bahagian roket milik China itu dianggarkan setinggi 100 kaki dan berat 22 tan dijangka memasuki atmospfera bumi pada 8 Mei, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

0 2,774

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bahagian atau serpihan roket China “Long March 5B” yang akan memasuki atmosfera sama ada hari atau esok dijangka terhempas di negara Asia Tengah, Turkmenistan, sebagaimana menurut salah satu cabang tentera Amerika Syarikat.

Bahagian roket milik China itu dianggarkan setinggi 100 kaki dan berat 22 tan dijangka memasuki atmospfera bumi pada 8 Mei, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Cabang tentera Amerika Syarikat, 18th Space Control Squadron menerusi laman web yang dikendalikannya “Space-Track” mengatakan bahawa bahagian atau serpihan roket China itu akan memasuki atmosfera kira-kira 11:13 PM UTC at 7:13 PM ET pada Sabtu.

Space Track

Berdasarkan kepada koordinat yang diberikan oleh cabang tentera Amerika Syarikat itu dalam ciapan Twitter-nya, maka adalah dijangkakan bahawa bahagian atau serpihan roket milik China itu akan jatuh di Turkmenistan.

18th Space Control Squadron ini bertanggungjawab memantau sebarang kemasukkan apa-apa benda asing ke atmosfera bumi.

Bagaimanapun ia pun berkata, jangkaan di mana bahagian atau serpihan roket itu akan jatuh akan berubah-ubah sehingga pada saat akhir di mana kedudukan di mana ia akan jatuh itu menjadi lebih pasti.

Pada Khamis, cabang angkatan tentera Amerika Syarikat menjangkakan bahagian atau roket milik China bakal terhempas di Lautan Hindi.

Akaun Twitter “Space Track” berkata ia akan memberikan update setiap hari berkenaan jangkaan kawasan dimana bahagian atau serpihan roket itu akan jatuh.

Long March

Sementara Agensi Angkasa Lepas Eropah (European Space Agency) pula menganggarkan “zon berisiko” atau lokasi di mana bahagian/serpihan roket itu akan jatuh mana-mana permukaan bumi di antara “41.5N dan 41.5S latitude” – yang meliputi kesemua bahagian di selatan New York, kesemua Afrika dan Australia, beberapa bahagian di Asia iaitu selatan daripada Jepun dan Sepanyol, Portugal, Itali dan Greek.

Kawasan permukaan yang luas itu adalah disebabkan kelajuan bahagian atau serpihan roket ketika ia berada di angkasa lepas yang mencapai 18,000 km sejam, bermakna sebarang perubahan yang kecil dalam perjalannya boleh mengubah trajektori lokasi terhempasnya dengan amat banyak.

Roket Long March 5B dilancarkan daripada Pulau Hainan pada 29 April lepas membawa modul Tianhe, yang merangkumi tempat tinggal tiga angkawasan China di stesen angkasa lepas negara itu.

Pelancaran modul Tianhe itu merupakan satu daripada 11 pelancaran yang dirancang untuk menyiapkan stesen angkasa lepas China itu.

Semalam, Setiausahan Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin berkata negara itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menembak jatuh serpihan roket Long March 5B milik China yang dijangka terhempas ke bumi daripada angkasa lepas kemungkinan besar esok.

Roscosmos
Imej bahagian roket Long March 5B sebagaimana dicerap oleh agensi angkasa lepas Russia, ROSCOSMOS.

 

Portal berita China, The Global Times pula menyifatkan laporan daripada media Barat yang mengatakan bahawa roket itu “hilang kawalan” dan “akan menyebabkan kerosakan” adalah kegilaan dijana dunia barat.

Portal itu berkata, situasi membabitkan serpihan Long March 5B itu tidak memerlukan mana-mana  pihak untuk berasa panik.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...