Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Raifal Penembak Tepat Legend Russia “Dragunov SVD”

Sniper rifle itu bukan sahaja digunakan oleh tentera Russia tetapi turut digunakan secara meluas oleh anggota tentera negara lain  di setiap pelusuk dunia terutamanya negara yang memiliki hubungan rapat dengan Russia atau Kesatuan Soviet sebelum itu.

0 1,418

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain raifal AK-47 yang begitu ikonik bagi industri pertahanan Russia, senjata api lain buatan negara itu yang terkenal di seluruh dunia adalah raifal penembak tepat dikenali dengan nama “Dragunov SVD”.

Sniper rifle itu bukan sahaja digunakan oleh tentera Russia tetapi turut digunakan secara meluas oleh anggota tentera negara lain  di setiap pelusuk dunia terutamanya negara yang memiliki hubungan rapat dengan Russia atau Kesatuan Soviet sebelum itu.

Malah bukan sahaja anggota tentera professional merupakan pengguna sniper rifle Dragunov SVD tetapi ia juga digunakan oleh anggota-anggota kumpulan militan serta kumpulan pengganas.

“Dragunov SVD” ini memiliki imej yang robust dan rugged iaitu mudah digunakan, penyelenggaraan yang minimal dan tidak mudah rosak ketika di medan peperangan, menjadikan ia senjata pilihan pada anggota tentera di medan peperangan.

Walaupun begitu, banyak laporan berdasarkan kepada pengalaman pengguna mendakwa sniper rifle Dragunov SVD ini kurang tepat berbanding sniper rifle keluaran syarikat-syarikat pembuat senjata Barat.

 

Sebenarnya, sniper rifle yang terkenal di seluruh dunia ini telah mula digunakan oleh tentera Kesatuan Soviet pada 1963 ketika Perang Dingin sedang memuncak dan penggunaanya diteruskan pada era tentera Russia ketika ini.

Direkabentuk oleh weapon designer dikenali dengan nama Yevgeny Dragunov pada akhir 1950-an (sniper rifle itu mengambil nama sempena Dragunov), senjata itu beroperasi menggunakan “gas-operated short-stroke piston rifle” yang telah diuji dalam pelbagai keadaan sebelum diterima masuk dalam perkhidmatan tentera Kesatuan Soviet.

Kaliber “Dragunov SVD” ini adalah 7.62 x 54Rmm, semi-automatic dan jarak effektif tembakannya adalah di antara  800 meter hingga 1,200 meter.

Ok beratnya pula adalah di antara 4.30kg sehinggalah 5.02kg bergantung kepada versi dan kelengkapan yang dipasang pada sniper rifle itu.

Dragunov
Anggota pemberontak dengan Dragunov SVD

 

Bagaimanapun syarikat pembuat Dragunov SVD iaitu Kalashnikov Concern telah menaik taraf dan memperbaiki kemampuan sniper rifle ini menerusi versi terbaru yang dikenali dengan nama “Dragunov SVDM” dengan “M” itu membawa maksud “Modernizirovannaya” (Upgraded).

Versi terbaru sniper rifle legend Russia ini dikatakan lebih tepat kerana ia menggunakan “muzzle device” yang baru, selain menampilkan penggunaaan bahan-bahan polymer untuk mengurangkan beratnya, picatinny rail manakala buntut senapang boleh dilipat (folded-butt).

Dragunov

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...