Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Polis Nafi Letupan Kereta Di Kelantan Akibat Serangan Dron

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

0 1,370

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis menafikan dakwaan bahawa insiden letupan melibatkan sebuah kenderaan sehingga seorang lelaki maut di Persimpangan Kampung Sireh, di sini Jumaat lepas adalah akibat serangan dron seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan akan diketahui dalam masa terdekat selepas kedua-dua unit terlibat selesai menjalankan siasatan. Berdasarkan maklumat awal daripada saksi mengatakan terdapat asap keluar melalui bonet kereta mangsa sebelum berlakunya letupan,” katanya di Kota Bahru hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu mesej dalam WhatsApp yang tular yang mengatakan insiden letupan tersebut berlaku kerana serangan dron dan bukannya akibat dipanah petir.

Shafien berkata sepanjang siasatan dijalankan di lokasi kejadian, laluan dari arah Pintu Geng menghala ke Lembah Sireh ditutup sementara sehingga dimaklumkan kemudian.

 

“Penduduk di Lembah Sireh, Pintu Geng, Taman Guru, Salor Lama, Pendek boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persekutuan Kuala Krai-Kota Bharu terus ke Wakaf Che Yeh-Telipot-Wakaf Siku.

“Bagi yang bekerja di dalam kawasan laluan yang ditutup seperti Wisma Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan Pejabat Pos Kota Darul Naim berdekatan lokasi, dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada anggota bertugas untuk tapisan,” katanya.

Dilaporkan, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila kereta yang dipandunya putus dua disyaki akibat daripada letupan mercun yang dibawa di dalam keretanya, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, 21 Mei lepas.

Kelantan

Kelantan

DEFENCE SECURITY ASIA/BERNAMA

 

Comments
Loading...