Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

40 Anggota Keselamatan Myanmar Terbunuh Dalam Pertempuran Dengan Pemberontak

Menurut portal berita “The Irrawaddy”,  pertempuran juga dilaporkan berlaku di Moe Bye berhampiran sempadan Shan-Kayah pada pagi Ahad dengan anggota tentera Myanmar melancarkan serangan artilleri  terhadap kawasan awam.

0 2,045

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Kira-kira 40 anggota pasukan keselamatan Myanmar terbunuh selepas berlakunya pertempuran sengit dengan pasukan pemberontak terdiri daripada anggota Karenni People’s Defense Force (PDF) dan Karenni Army di Kayah, salah sebuah negeri di negara Asia Tenggara itu.

Menurut portal berita “The Irrawaddy”,  pertempuran juga dilaporkan berlaku di Moe Bye berhampiran sempadan Shan-Kayah pada pagi Ahad dengan anggota tentera Myanmar melancarkan serangan artilleri  terhadap kawasan awam.

Berikutan pertempuran yang berpanjangan, unit-unit tentera pemberontak telah menawan balai polis Moe Bye pada tengah hari.

Laporan mengatakan 15 anggota polis Myanmar terbunuh manakala empat berjaya ditawan, Balai Polis itu kemudiannya dibakar.

Pertempuran antara tentera pemberontak dengan pasukan keselamatan Myanmar turut dilaporkan berlaku di bandar Demoso pada Ahad dengan kira-kira 24 orang anggota kerajaan terbunuh di Lebuhraya Loikaw-Demoso.

Kayah
Empat anggota polis Myanmar yang ditangkap pemberontak. (gambar The Irrawaddy)

 

Pertempuran sengit antara pasukan keselamatan Myanmar dengan tentera pemberontak juga dilaporkan di bandar Muse yang terletak berhampiran dengan sempadan Myanmar-China.

Sejak akhir-akhirnya terdapat peningkatan pertempuran di antara pasukan-pasukan tentera pemberontak dengan tentera Myanmar, selain serangan bom dan sabotaj di merata negara Asia Tenggara itu terutamanya di kawasan kubu kuat pemberontak.

Sejak merampas kuasa pada 1 Februari lepas, tentera Myanmar telah membunuh lebih daripada 800 orang penduduk tempatan dan menangkap kira-kira 4,300 orang yang mengadakan tunjuk perasaan hampir setiap hari bagi membantah rampasan kuasa itu.

Pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi turut dipenjara oleh pihak tentera selepas rampasan kuasa.

Kayah
Balai Polis Dibakar, (gambar The Irrawaddy)

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...