[VIDEO] Pesawat JF-17 Berjaya “Bunuh” Pesawat Rafale Dalam Latihan Di Turki?
Antara yang menyertainya adalah pesawat F-16 daripada Turki manakala Pakistan pula diwakili lima buah pesawat JF-17 “Thunder” Block II, Qatar empat buah pesawat Rafale, Azerbaijan pesawat MiG-29 dan Su-25 serta NATO pesawat E-3A AWACS.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Jun lepas, telah diadakan satu latihan tentera udara dipanggil “Anatolian Eagle 2021” di sebuah pangkalan udara di Konya, Turki yang turut disertai oleh pesawat-pesawat pejuang daripada beberapa negara.
Antara yang menyertainya adalah pesawat F-16 daripada Turki manakala Pakistan pula diwakili lima buah pesawat JF-17 “Thunder” Block II, Qatar empat buah pesawat Rafale, Azerbaijan pesawat MiG-29 dan Su-25 serta NATO pesawat E-3A AWACS.
Malaysia dilaporkan turut menghantar pegawai tenteranya ke latihan itu sebagai pemerhati.
Latihan “Anatolian Eagle” ini merupakan latihan tahunan bertujuan meningkatkan kemampuan dan bantuan dikalangan tentera udara negara peserta menerusi kepelbagaian taktik dan suasana pertempuran udara yang hampir sama.
Sistem seperti Post Mission Analysis System serta Air Combat Maneuvering System (ACMI) juga digunakan dalam latihan udara itu.
Pakistani Fighter Pilots go head to head with F-16s, Mig-29s and Rafales at #AnatolianEagle2021 exercise in Turkey. Its an invaluable opportunity to train against adversary aircraft. pic.twitter.com/94QEpWGyo1
— Shahid Raza (@schaheid) June 25, 2021
Tidak banyak yang diketahui tentang latihan udara itu, tetapi bagi Pakistan memberikan peluang kepadanya untuk menguji pesawat JF-17 “Thunder” dengan pesawat Rafale yang dibawa oleh Tentera Udara Qatar ke latihan itu.
Menguntungkan Pakistan kerana ia sedikit-sebanyak dapat menguji kemampuan JF-17 yang dibangunkannya bersama dengan China kerana buat pertama kali pesawat itu berhadapan Rafale yang turut sama digunakan oleh tentera udara negara seterunya, India.
Selain berhadapan dengan Rafale, JF-17 juga bertembung dengan pesawat MiG-29 yang turut digunakan oleh India.
Menurut beberapa laporan oleh penganalisis pertahanan Pakistan, sumber mereka yang berada pada latihan “Anatolian Eagle 2021” mendakwa bahawa pesawat JF-17 telah beraksi cukup baik dalam pertembungan dengan pesawat Rafale Qatar itu.
Sumber-sumber didakwa telah memberitahu “penganalisis pertahanan Pakistan” bahawa “kill ratio”” pesawat JF-17 terhadap Rafale Qatar itu adalah 6:2, bermakna mereka berjaya “menembak jatuh” pesawat Rafale Qatar sebanyak 6 kali berbanding 2 kali tumpas dalam pertembungan udara pada latihan itu.
Itu adalah kesimpulan yang dibuat oleh penganalisis pertahanan Pakistan berdasarkan sumber yang boleh dipertikaikan.
Ia berkemungkinan adalah sebahagian daripada psy-war daripada pihak Pakistan untuk melemah-lemahkan semangat India yang baru sahaja menerima pesawat Rafale mereka atau strategi untuk mewar-warkan keampuhan pesawat buatan Pakistan-China itu.
Atau mungkin juga sebahagian daripada strategi pemasaran untuk menarik lebih banyak pembeli JF-17..
Admin pun percaya dakwaan tentang kejayaan JF-17 menjinakkan Rafale pada latihan di Turki itu tidak lebih daripada “permainan psikologi” sahaja di antara Pakistan dan India kerana setakat ini tiada kenyataan rasmi mengenainya.
Selagi tiada kenyataan rasmi, kita anggaplah bahawa dakwaan kejayaan pesawat JF-17 menundukkan pesawat Rafale Qatar itu hanya spekulasi semata-mata.
Comments are closed.