Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Jangan Campuri Urusan Hong Kong”- Amaran China Terhadap Presiden Jo Biden

Memorandum itu ditolak oleh Beijing kerana ia dikatakan memburuk-burukkan undang-undang keselamatan Hong Kong dan dasar China terhadap pulau itu.

0 1,422

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China memberi amaran kepada pentadbiran Amerika Syarikat supaya menghormati kedaulatannya dengan tidak mencampuri urusan hal-ehwal Hong Kong selepas Presiden Jo Biden menandatangani Memorandum Persefahaman yang memberikan kebenaran kepada penduduk Hong Kong yang berada di Amerika Syarikat untuk tinggal negara itu selama 18 bulan.

Memorandum itu ditolak oleh Beijing kerana ia dikatakan memburuk-burukkan undang-undang keselamatan Hong Kong dan mencampuri urusan dalaman China terhadap pulau itu.

Jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying berkata, memorandum itu merupakan satu lagi manifestasi campur tangan Amerika Syarikat terhadap hal ehwal dalaman China serta wilayahnya, Hong Kong.

“China amat tidak berpuashati dengan tindakan Amerika Syarikat itu dan membantahnya,” katanya dan menambah bahawa Beijing juga telah menyatakan bantahan secara rasmi kepada pihak pentadbiran di Washington.

Menurutnya, undang-undang keselamatan China telah memperbaiki situasi keselamatan dan kestabilan di Hong Kong dan memelihara hak serta kepentingan penduduk pulau itu.

Hong Kong

Beliau mempertikaikan tindakan Washington yang mahu memberikan “safe haven” kepada penduduk Hong Kong, sambil menyatakan bahawa sebab utama disebalik sokongan Amerika Syarikat terhadap memorandum itu adalah untuk  mengkucar-kacirkan pulau itu.

Hua mahukan Amerika Syarikat menghentikan tindakan menyokong pihak-pihak anti-China di Hong Kong dan mencampuri urusan dalaman pulau itu.

Jurucakap kementerian luar China itu memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa jika pentadbiran Presiden Jo Biden gagal menghentikan tindakan mencampuri urusan di pulau, ia akan hanya menjejaskan kepentingannya di Hong Kong,

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...