Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Pertembungan” Kapal-kapal Perang China, Amerika Dan Indonesia Di Utara Laut Natuna

Kehadiran kapal-kapal China di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia itu dipantau dengan rapat oleh kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Carl Vinson (CVN-70) yang hadir di perairan selatan Laut China Selatan itu bersama-sama kapal-kapal pengiringnya.

0 8,803

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, keadaan di perairan utara Laut Natuna berhampiran Blok Tuna milik Indonesia, “tegang” dengan kehadiran kapal-kapal pengawal pantai, kapal tentera laut serta kapal ocean survey milik China.

Kehadiran kapal-kapal China di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia itu dipantau dengan rapat oleh kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Carl Vinson (CVN-70) yang hadir di perairan selatan Laut China Selatan itu bersama-sama kapal-kapal pengiringnya.

Jakarta turut menghantar empat buah kapal tentera lautnya serta dua buah kapal peronda pengawal pantainya (Badan Keamanan Laut –BAKAMLA) untuk memantau “pertembungan” yang sedang berlaku di antara kapal-kapal China dengan kapal-kapal perang Amerika Syarikat.

Laporan sebuah portal Indonesia, idntimes.com mengatakan bahawa Kementerian Luar negara itu telah memanggil Duta Besar China di Indonesia untuk membuat bantahan berkenaan kehadiran kapal-kapal China di Laut Natuna.

Menurut pemerhati serantau, dua buah kapal pengawal pantai China bersama-sama sebuah kapal friget Type 054A dan sebuah kapal destroyer Type 052D mengawasi operasi kapal ocean survey milik kerajaan negara itu, “Hai Yang Di Zhi 10” yang menjalankan kajian di kawasan EEZ milik Indonesia di Laut Natuna.

Sementara laporan daripada akhbar Kompas mengatakan nelayan-nelayan Indonesia di Kepulauan Riau mendakwa mereka melihat enam buah kapal milik China berada di kawasan EEZ milik negara itu di utara Laut Natuna, dengan salah satu daripadanya adalah kapal destroyer dikenali “Kunming 172.”

Kehadiran begitu banyak kapal-kapal perang dan kapal pengawal pantai China di Laut Natuna itu menyebabkan kebimbangan dikalangan nelayan Indonesia untuk keluar menangkap ikan di kawasan perairan terbabit.

Kepala Dinas Penerangan Komando Armada 1 TNI Angkatan Laut (TNI-AL) Letnan Kolonel Laode Muhamad dipetik oleh akhbar berkenaan bahawa terdapat empat kapal tentera laut berada di Laut Natuna.

Keempat-empat kapal tentera laut itu adalah KRI Diponegoro, KRI Silas Papare, KRI Teuku Umar dan KRI Bontang.

“Yang jelas, kapal kami selalu ada di sana sehingga kalau ada kapal China yang masuk (territorial Indonesia) kami pasti membayanginya,” kata beliau.

Natuna
Anggota BAKAMLA memerhati operasi di pelantar minyak Clyde Boudreaux di Blok Tuna, utara Laut Natuna. (gambar kredit BAKAMLA)

 

Ketua Centre for Chinese Studies Rene Pattiradjawane berkata kepada Kompas bahawa di bawah UNCLOS 1982 kapal-kapal perang sesebuah negara tidak dibenarkan meronda di kawasan perairan EEZ negara lain.

“Ini bukan lagi soal peningkatan aktivitas China lagi, tetapi mulai ada kehadiran kapal perang mereka di sana,”katanya sebagaimana dipetik oleh Kompas dan menambah, ini adalah kali pertama China mengirim kapal perang mereka ke utara Laut Natuna.

Tindakan agresif China di utara Laut Natuna itu mengancam keseluruhan rantau Asia Tenggara, sekaligus menuntut campurtangan ASEAN.

Carl Vinson
Kedudukan USS Carl Vinson di Laut Natuna

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...