Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] “Perisai” Di Sempadan Malaysia-Thailand

0 964

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Hari ini kita meninjau dengan lebih dekat tugas-tugas mencabar yang dilaksanakan oleh anggota-anggota Batalion ke-3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam memastikan sempadan negara bebas daripada sebarang pencerobohan oleh anasir-anasir tidak diingini.

Anggota PGA daripada Batalion ke-3 ini bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thai berhampiran Padang Besar di Perlis.

PGA

Berjalan kaki sambil menjaga keselamatan negara.

Keaadan di kawasan sempadan Malaysia-Thai kini agak genting akibat insiden tembakan oleh individu dipercayai penyeludup yang marah dengan tindakan pihak berkuasa yang mengetatkan kawalan di kawasan sempadan sehingga menyebabkan mereka susah untuk menjalankan aktiviti haram penyeludupan.

Pada 24 Nov lepas, seorang anggota PGA, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54 yang sedang dalam misi risikan terbunuh manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39,  mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu insiden berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup ketum dan ubat batuk, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

 

(Video yang diterbitkan oleh agensi berita nasional , BERNAMA tentang kawalan keselamatan oleh anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Padang Besar, Perlis. Sila LIKE dan SUBSCRIBE You Tube Channel “Defence Security Asia) 

Pada hari berikutnya seorang anggota daripada batalion sama yang sedang bertugas di Pos M16 di Bukit Kayu Hitam cedera selepas terkena tembakan senapang angin, yang turut dipercayai angkara penyeludup.

Beberapa hari lepas, Polis Kedah mengesahkan berlaku kejadian tembakan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand ketika anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan rondaan pada jam 6.30 pagi.

PGA

Anggota PGA menaiki kereta perisai V150 Commando sebelum memulakan rondaan.

Ketika itu anggota terbabit terserempak seorang lelaki berdiri berdekatan pagar keselamatan di dalam sempadan Thailand sebelum mendengar dan ternampak percikan api sebelum lelaki itu melarikan diri dengan menaiki kenderaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, ketika ini dua kelongsong berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses penilaian dan siasatan lanjut.

PGA

Anggota PGA juga meronda di kawasan sempadan Malaysia-Thai menggunakan motosikal. 

Beliau juga berkata, Polis Thailand memohon melakukan pemeriksaan ke atas dua kelongsong peluru yang ditemui dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Jumaat lalu.

Katanya, pihak berkuasa negara jiran terbabit membuat permohonan itu bagi membantu siasatan yang turut dilakukan mereka.

PGA

Kereta perisai V150 Commando yang digunakan oleh anggota PGA semasa mengawal sempadan Malaysia-Thai.

 

pga

Sentiasa berkawal, memastikan keselamatan negara.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...