Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

CAAM Siasat Laporan Penerbangan Pesawat “Test-Bed” Israel Di Negara Ini- Dakwa Portal Berita

Kapal terbang B737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-A00 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta Electronics (IAI-Elta) itu kemudiannya dikesan telah mendarat di sebuah pangkalan tentera di Singapura.

0 1,486

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang melakukan siasatan berhubung laporan mengatakan sebuah pesawat Israel yang “dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik sensitif” telah terbang di ruang udara negara ini.

Kapal terbang B737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-A00 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta Electronics (IAI-Elta) itu kemudiannya dikesan telah mendarat di sebuah pangkalan tentera di Singapura.

Pesawat dipanggil “test-bed aircraft” itu juga dikesan mengelilingi pulau itu (loitering) lokasi tertentu di pulau itu pada 24 Mei serta 25 Mei sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar,di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Chester Voo Chee Soon memberitahu portal berita “Malaysia Now” hari ini bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan.

“CAAM sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan dan sedang menyemak segala data teknikal mengenai perkara itu (penerbangan pesawat Israel itu),” katanya kepada portal berita terbabit.

IAI-Elta
Kapal terbang B737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-A00 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta Electronics (IAI-Elta).

 

Menurut aplikasi Flight Radar, pesawat milik IAI-Elta itu berlepas daripada Tel Aviv (mungkin Lapangan Terbang Ben Gurion) pada 18 Mei lepas dan dikesan berada di ruang udara Lembah Klang sehari selepas itu.

Pesawat itu terbang pada ketinggian 29,000 kaki, jauh daripada ketinggian 15,000 kaki yang dikawal oleh Malaysia.

Sementara itu portal berita Malaysia Now turut memetik seorang sumber keselamatan penerbangan yang berkata, sebarang pencerobohan terhadap ruang udara negara akan dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan merujuk kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

“Kesemuanya bergantung kepada sama ada flight plan itu adalah penerbangan awam atau pesawat milik negara. Jika ia milik negara, ATC akan melencongkan laluannya,” kata sumber itu kepada portal berita terbabit.

Sumber itu juga berkata, pihak berkuasa Malaysia tidak mengawal ruang udara di atas ketinggian 15,000 kaki.

G550
Pesawat amaran awal (AEW) Gulfstream G550 Tentera Udara Singapura

 

Sementara itu, portal berita Singapura iaitu “Today Online” berkata, pesawat Israel itu berada di Singapura kerana melakukan demonstrasi produk komersial untuk firma republik itu, ST Engineering.

ST Engineering adalah firma Singapura yang banyak terlibat dalam industri pertahanan.

Jurucakap firma itu berkata kepada portal terbabit bahawa pesawat Israel itu beroperasi daripada kemudahan ST Engineering di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Ia juga berkata keseluruhan demonstrasi itu dilakukan di dalam kawasan sempadan dan ruang udara Singapura.

“Demonstrasi (produk komersial) itu telah pun selesai dan persediaan sedang dilakukan untuk pesawat itu meninggalkan Singapura,” kata jurucakap firma ST Engineering kepada portal berita berkenaan.

Laporan daripada Today Online itu tidak memberitahu demonstrati itu berkenaan apa.

Sejak 2009, Singapura telah menggunakan empat buah pesawat Conformal Airborne Early Warning (CAEW) Gulfstream G550 atau “Nashon Eitam” yang dibangunkan oleh syarikat Elta.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...