Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Nasi Ganja Punya Pasal, Polis Perak Buka Kertas Siasatan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan berkata, siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342.

0 912

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Perak bertindak membuka kertas siasatan mengenai sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di ibu negeri ini hari ini, untuk mengambil pesanan 36 bungkus Nasi Ganja yang terkenal di negeri itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan berkata, siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan berkenaan isu tular helikopter dari Kuala Lumpur ambil pesanan Nasi Ganja di Ipoh ini berdasarkan kesalahan melanggar SOP larangan rentas daerah dan negeri terhadap individu dan syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya menurut Ketua Polis Perak telah mengesahkan bahawa sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh antara jam 9.55 hingga 10.15 pagi tadi.

Maklumat telah disalurkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh bagi siasatan lanjut.

“Selepas membuat semakan dengan pihak CAAM Ipoh, helikopter berkenaan didapati hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh namun tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial helikopter berkenaan mendarat di Padang Ipoh semata-mata untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja dari sebuah restoran nasi kandar terkemuka di Bandaraya Ipoh.

Kehadiran helikopter milik syarikat swasta dinaiki dua lelaki itu dikatakan terbang dari Kuala Lumpur itu  telah mengejutkan orang ramai kerana didapati terbang rendah sebelum mendarat di padang terbabit sekitar jam 9.55 pagi.

Nasi Ganja

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...