Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut British Hadapi Masalah, 5 Dari 6 Kapal Destroyer Type 45 “Tersadai”

Hanya sebuah kapal Type 45 kelas-Daring yang sedang belayar ketika ini iaitu HMS Defender yang menjalankan tugas-tugas mengiringi Carrier Strike Group 2021 (CSG21) diketuai kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth dalam pelayaran mereka ke Indo-Pasifik.

0 3,036

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut British sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah yang rumit pada ketika ini kerana lima daripada enam buah kapal destroyer Type 45 miliknya tidak dapat beroperasi pada ketika ini kerana beberapa masalah.

Hanya sebuah kapal Type 45 kelas-Daring yang sedang belayar ketika ini iaitu HMS Defender (D36) yang menjalankan tugas-tugas mengiringi Carrier Strike Group 2021 (CSG21) diketuai kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth dalam pelayaran mereka ke Indo-Pasifik.

Pada ketika ini, HMS Defender sedang berada di perairan Singapura.

Lima daripada enam kapal destroyer Type 45 itu tidak dapat beroperasi kerana empat daripada mereka sedang menjalani penyelenggaraan dan usaha-usaha menaiktaraf manakala sebuah lagi kapal iaitu HMS Diamond (D34) mengalami masalah teknikal ketika mengiringi CSG21 ke Indo-Pasifik.

Kapal-kapal Type 45 ini adalah kapal destroyer pertahanan udara (air defence destroyer).

Type 45
Kapal destroyer Type 45 kelas-Daring

 

Masalah yang sedang dihadapi oleh kapal-kapal destroyer Type 45 Tentera Laut British itu diakui oleh Menteri Perolehan Pertahanan (defence procurement) Jeremy Quin baru-baru ini.

Lima buah kapal Type 45 negara itu yang kini tersadai akibat proses penyelenggaran yang sedang dihadapinya kini adalah HMS Daring, HMS Duncan dan HMS Dragon manakala HMS Dauntless pula sedang menjalani proses menaiktaraf.

Manakala HMS Diamond pula berhadapan dengan masalah propulsion ketika tugas-tugas mengiringi CSG21 dan HMS Queen Elizabeth di Laut Mediterranean baru-baru ini.

Satu-satunya kapal destroyer Type 45 yang masih bertugas menjaga kepentingan Tentera Laut British adalah HMS Defender yang kini berada di Singapura untuk tugas-tugas mengiring dan pertahanan udara untuk CSG21 serta HMS Queen Elizabeth.

Type 83
Rekabentuk kapal Type 83 yang bakal menggantikan kapal Type 45.

 

Kementerian Pertahanan British menyatakan bahawa masalah yang membelenggu kapal-kapal Type 45 kelas-Daring itu akan hanya selesai menjelang akhir tahun ini dan tahun depan apabila kerja-kerja penyelenggaran serta menaik-taraf itu selesai.

Sementara itu, Tentera Laut British akan hanya mempunyai sebuah kapal destroyer Type 45 bertugas untuknya.

Tentera Laut British, sebenarnya, merancang untuk menggantikan kapal destroyer Type 45 dengan kapal Type 83 menjelang akhir 2030.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...