Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Video Letupan Besar Di Lapangan Minyak Dan Gas Azerbaijan Di Laut Kaspia

Azerbaijan, sebuah negara Kaukasus memiliki lapangan minyak dan gas yang besar di pantai Kaspia. (Caspian Sea)

0 1,701

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu lagi kejadian letupan kuat di sebuah lapangan minyak dan gas di luar pantai Laut Kaspia di Azerbaijan dilaporkan berlaku, beberapa hari selepas kejadian letupan paip gas yang besar di pantai Teluk Mexico beberapa hari lepas.

Azerbaijan, sebuah negara Kaukasus memiliki lapangan minyak dan gas yang besar di pantai Kaspia.(Caspian Sea)

Gambar dan visual daripada media-media sosial menunjukkan penduduk-penduduk negara itu terkejut melihatkan kebakaran yang besar di luar pantai Azerbaijan itu, dengan laporan media terdahulu mendakwa letupan berlaku di salah sebuah platform minyak dan gas negara itu di Laut Kaspia.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh kerajaan Azerbaijan yang mengatakan pihak mereka sedang menyiasat perkara itu.

Agensi berita negara itu, APA yang memetik kenyataan pegawai kanan syarikat minyak dan gas kebangsaan negara itu, SOCAR berkata, letupan yang menyebabkan api menjulang tinggi berlaku kira-kira 10km daripada lapangan Umid yang terletak kira-kira 75km daripada ibu negara Azerbaijan, Baku.

 

Timbalan Ketua SOCAR Ibrahim Ahmedov berkata, semua kemudahan dan infrastruktur miliknya berjalan dengan baik setakat ini.

Beliau juga berkata, laporan setakat ini menunjukkan letupan berpunca daripada gunung berapi lumpur (mud volcano) dan laporan itu turut disokong oleh Pusat Seismologi negara itu.

Laut Kaspian memiliki konsentrasi mud volcano yang tinggi, yang apabila meletup bukan sahaja mengeluarkan lumpur tetapi juga gas yang mudah terbakar.

Mud volcano yang mengeluarkan api selama 10 hingga 20 saat menurut pegawai seismoloji negara itu.

Lapangan minyak dan gas Umid di Laut Kaspia dimana letupan itu berlaku.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...