Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Lancar Peluru Berpandu Ballistik Kapal Selam (SLBM) Dalam “Amaran” Pada Pyongyang

Peluru berpandu ballistik lancaran kapal selam itu adalah daripada jenis “Hyunmoo 2B” yang boleh membedil sasaran sejauh 500 kilometer, yang dilengkapi dengan kepala peledak konvensional.

0 973

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang bakal meningkatkan ketegangannya dengan rejim di Pyongyang yang dipimpin oleh Kim Jong Un, Korea Selatan hari ini mengumumkan ia telah berjaya melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik kapal selam (SLBM – Submarine Launched Ballistic Missile)

Peluru berpandu ballistik lancaran kapal selam itu adalah daripada jenis “Hyunmoo 2B” yang boleh membedil sasaran sejauh 500 kilometer, yang dilengkapi dengan kepala peledak konvensional.

Peluru berpandu ballistic “Hyunmoo 2B” ini juga boleh dilancarkan daripada pelancar-pelancar darat, dengan ujian pelancar telah selesai dilaksanakan tahun lepas.

Menurut media-media Korea Selatan, kejayaan pelancaran peluru berpandu ballistic daripada kapal selam itu telah menjadikan Seoul antara “kumpulan negara elit” di dunia yang memiliki teknologi dan kepakaran untuk membangunkan peluru berpandu ballistik lancaran kapal selam.

Bagaimanapun kesemua negara elit yang memiliki kepakaran membangunkan dan melancarkan SLBM termasuk Korea Utara adalah negara-negara berkuasa nuklear, kecuali Korea Selatan yang kekal tidak memiliki kemampuan nuklear.

Dosan
Peluru berpandu Balistik “Hyunmoo 2B” dilancarkan menggunakan pelancar daratnya.

 

Menurut media Korea Selatan, peluru berpandu SLBM “Hyunmoo 2B” itu dilancarkan oleh kapal selam kelas-Dosan Ahn Chang Ho seberat 3,000 tan yang juga mampu membawa peluru-peluru berpandu kruis “Hyunmoo 3C” yang mampu membedil sasaran sejauh 1,500km.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, Tentera Korea Selatan telah memperolehi aset-aset terkini dan berkuasa untuk memastikan keamanan di Semenanjung Korea atas dasar kuasa tentera yang kuat dan ianya akan terus dibangunkan.

Dosan
Kapal selam “Dosan” Tentera Laut Korea Selatan.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...