Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Amerika Kerah Pesawat Pengintip Pantau Latihan Tentera Besar-Besaran China

Tentera Amerika Syarikat dikesan telah menghantar pesawat pengintipnya daripada jenis “RC-135S Cobra Ball yang khusus untuk mengesan petanda-petanda optical dan elektronik berkenaan pelancaran peluru berpandu ballistik.

0 4,583

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat mula menghantar pesawat-pesawat pengintipnya ke kawasan perairan selatan Pulau Hainan di Laut China Selatan ketika tentera China memulakan latihan tentera besar-besaran hari ini.

Tentera Amerika Syarikat dikesan telah menghantar pesawat pengintipnya daripada jenis “RC-135S Cobra Ball yang khusus untuk mengesan petanda-petanda optical dan elektronik berkenaan pelancaran peluru berpandu ballistik.

Ia adalah pesawat pengintip yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan sensor optical dan elektronik yang sensitif serta kemudahan komunikasi.

Pesawat “Cobra Ball” itu adalah versi ketenteraan berasal daripada pesawat komersial Boeing 707.

Beberapa hari lepas, pihak berkuasa maritim China telah mengumumkan bahawa tenteranya akan mengadakan latihan besar-besar di Laut China Selatan bermula hari ini sehingga Selasa depan dan telah mewujudkan kawasan “naval and air restriction zone” yang amat besar di perairan itu.

Duan Dang
Kredit Duan Dang

 

Kewujudan satu “naval and air restriction zone” yang amat besar di Laut China Selatan itu, selatan daripada Pulau Hainan, menimbulkan spekulasi dikalangan para pemerhati dan penganalisis bahawa tentera China berkemungkinan akan melancarkan peluru berpandu balistik pada latihan itu.

Mereka mengesyaki bahawa tentera China sedang bersiap-sedia untuk melancarkan peluru berpandu yang dipanggil mereka “aircraft carrier killer (peluru berpandu pemusnah kapal pengangkut pesawat) dalam latihan itu.

Peluru berpandu China yang digelar sebagai “aircraft killer carrier” ini kemungkinan merujuk kepada DF-26 yang memiliki jarak effektif sejauh kira-kira 5,000km dan membawa peledak seberat di antara 1,500 kg hingga 1,800kg.

Peluru berpandu itu juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak nuklear.

DF-26 ini juga dipanggil “Guam Express” kerana ia didakwa dibangunkan oleh China untuk membedil pangkalan tentera utama Amerika Syarikat di Pasifik iaitu Guam.

DF-26
Peluru berpandu “aircraft carrier killer” DF-26

 

Sebenarnya, latihan tentera besar-besar China yang bermula pada hari ini adalah tindak balas terhadap latihan tentera yang sedang dijalankan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di kawasan perairan di Indo-Pasifik.

Amerika Syarikat telah dan akan memulakan latihan besar-besaran terutamanya di kawasan Indo-Pasifik sebagai persediaan untuk berhadapan dengan sikap agresif China terutamanya di Laut China Selatan, yang didakwa adalah miliknya.

Latihan-latihan itu membabitkan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth dan Carrier Strike Group 2021 (CSG21) di perairan Pasifik Barat serta apa yang dipanggil “Large Scale Global Exercise 21 (LSGE21)” di serata dunia termasuk di Indo-Pasifik.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...