Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Kami Terpaksa Pertingkat Kemampuan Nuklear Kerana Ancaman Amerika” – China

Penjelasan oleh akhbar milik kerajaan China “Global Times” itu hari ini dilakukan ketika beberapa pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat mendakwa Beijing sedang memperhebatkan pembinaan kemudahan pelancaran peluru berpandu nuklear.

0 3,369

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China memberi alasan bahawa ia terpaksa meningkatkan kemampuan deteren senjata nuklearnya kerana ia sedang berhadapan dengan peningkatan ancaman-ancaman “nuklear”” daripada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunyanya.

Penjelasan oleh akhbar milik kerajaan China “Global Times” itu hari ini dilakukan ketika beberapa pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat mendakwa Beijing sedang memperhebatkan pembinaan kemudahan pelancaran peluru berpandu nuklear di padang pasir di Yumen, Wilayah Gansu dan di Hami yang terletak di wilayah autonomi Xinjiang.

Akhbar itu juga mendakwa bahawa rakyat China sudah pasti menyokong tindakan negara itu meningkatkan kemampuan deteren nuklear yang dilakukan semata-mata untuk menangani ancaman nuklear daripada Amerika Syarikat.

Imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Amerika menunjukkan China sedang membina ratusan silo peluru berpandu nuklear antara benua di kedua-dua lokasi yang terletak di kawasan padang pasir.

Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik di Persekutuan Saintis Amerika (Federation of American Scientists) menganggarkan bahawa China telah membina kira-kira 250 silo bawah tanah untuk peluru—peluru berpandu nuklear di Xinjiang, barat negara itu.

Ia menyusul kajian oleh James Martin Center for Non-Proliferation Studies di Monterey, California yang menunjukkan pembinaan secara agresif kira-kira 120 silo peluru berpandu nuklear di kawasan padang pasir di wilayah Gansu itu.

“Pembinaan kira-kira 120 buah silo pelancaran peluru berpandu ICBM apabila siap kelak, akan menandakan perubahan yang besar oleh Beijing, yang sehingga kini dipercayai memiliki di antara 250 hingga 350 buah peluru berpandu ICBM yang dilengkapi dengan peledak nuklear.”

Menurut Global Times itu lagi, Washington tidak mempunyai “moral standing” untuk berkata apa-apa terhadap China kerana apa yang dimiliki oleh China di dalam bentuk senjata nuklear adalah masih kecil berbanding dengan apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

DF-41
Kemampuan peluru berpandu antara benua DF-41 China.

 

Dalam pada itu, China juga memberi jaminan bahawa ia tidak akan mengancam mana-mana negara bukan nuklear di rantau ini termasuk Jepun, Korea Selatan dan negara-negara di Asia Tenggara.

Ia juga berkata peluru berpandu antara benuanya DF-41 dan senjata-senjata lain telah meningkatkan kemampuan negara itu untuk “survive” dan dalam pada masa yang sama melonjakkan lagi deteren senjata nuklearnya.

Peluru berpandu antara benua DF-41 itu mempunyai kemampuan membedil sasaran sejauh 10,000km hingga 15,000km.

Dalam pada itu, Global Times juga memberi amaran bahawa kemampuan senjata-senjata konvensionalnya juga mampu mengalahkan Amerika Syarikat termasuk memusnahkan kapal-kapal dan pesawat Amerika yang menceroboh sempadannya serta membedil pangkalan-pangkalan tenteranya di rantau ini.

Nuclear
Gambar satelit pembinaan silo peluru berpandu nuklear China di Hami, wilayah autonomi Xinjiang.

 

– – DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...