Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

100 Hingga 200 Anggota Taliban Terbunuh Dibom Pesawat B-52, AC-130 Spectre

Turut sama terlibat dalam serangan yang berlaku pada 6.30 petang itu adalah pesawat khas AC-130 Spectre Tentera Amerika Syarikat dan pesawat-pesawat F-15.

0 2,421

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di antara 100 hingga 200 militan Taliban dipercayai terbunuh selepas kawasan dimana mereka sedang berkumpul di Sheberghan, yang merupakan ibu negeri wilayah Jawzjan, telah dibom oleh pesawat pengebom “B-52 Stratofortress” Tentera Amerika Syarikat semalam.

Turut sama terlibat dalam serangan yang berlaku pada 6.30 petang itu adalah pesawat khas AC-130 Spectre Tentera Amerika Syarikat dan pesawat-pesawat F-15.

Pesawat khas C-130 Hercules itu dilengkapi dengan pelbagai jenis meriam dan mesingan berat.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan Jawad Aman dan sumber-sumber tentera Amerika Syarikat mengesahkan kepada media tempatan insiden pengeboman yang mengorbankan ramai anggota Taliban serta kelengkapan.

Kira-kira 100 kenderaan militant Taliban itu turut musnah dalam pengeboman itu.

AC-130 Spectre
Pesawat AC-130 Spectre

 

Laporan media tempatan mengatakan ratusan anggota Taliban sedang berkumpul di dalam bekas kem tentera Afghanistan di Jangal Bah dan Baghshahr di Sheberghan ketika kedudukan mereka itu di bom oleh pesawat-pesawat tentera Amerika Syarikat.

Dikatakan, pesawat tentera Amerika Syarikat itu mengugurkan kira-kira 60 buah bom JDAM (Joint Direct Attack Munitions) terhadap kedudukan di Taliban itu.

Serangan pesawat-pesawat Amerika diketuai oleh pengebom B-52 itu berlaku ketika kemaraan militan Taliban di seluruh Afghanistan seolah-olah tidak lagi dapat dibendung, tidak lama selepas pengunduran tentera Amerika.

Afghanistan

Beberapa bandar dan wilayah terutamanya yang terletak di utara Afghanistan termasuk Sheberghan juga telah berjaya ditawan oleh militan Taliban.

Semalam, Zaranj yang merupakan ibu negeri kepada wilayah Nimroz juga berjaya ditawan oleh Taliban, menjadikannya sebagai ibu negeri wilayah Afghanistan yang pertama jatuh ke tangan kumpulan militan itu.

Selain itu, pertempuran sengit juga dilaporkan sedang berlaku di Herat, Kandahar serta Lashkar-Gah.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...