Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Jom Lihat Kapal Selam Nuklear Perancis Lancar Peluru Berpandu “Exocet SM-39”

Pelancaran peluru berpandu oleh kapal selam berkuasa nuklear itu dilakukan dalam satu latihan pada 19 April bertempat di Lautan Atlantik.

0 3,936

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Perancis telah mengeluarkan video menunjukkan sebuah kapal selam berkuasa nuklear miliknya melancarkan peluru berpandu lancaran kapal selam “Exocet SM-39.”

Pelancaran peluru berpandu oleh kapal selam berkuasa nuklear itu dilakukan dalam satu latihan pada 19 April bertempat di lokasi tidak diberitahu  di Lautan Atlantik.

Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kapal selam yang bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu terbabit, salah satu peluru berpandu daripada keluarga “Exocet.”

Turut sama terlibat dalam latihan kapal selam berkuasa nuklear Perancis itu adalah pesawat peronda maritim Brequet 1150 Atlantic.

Tentera Laut Perancis dipercayai memiliki 11 buah kapal selam berkuasa nuklear yang terbahagi kepada empat buah SSBN yang membawa peluru berpandu ballistic (empat buah) dan tujuh buah SSN iaitu attack submarines.

 

Kesemua kapal selam dalam tentera laut Perancis adalah berkuasa nuklear.

Kelas kapal selam berkuasa nuklear Perancis terbahagi kepada tiga iaitu kelas-Rubis, kelas-Triomphant dan kelas-Amethyste.

Sebagaimana yang kita tahu, peluru berpandu “Exocet SM-39” yang dibangunkan oleh konglomerat pertahanan Eropah, MBDA itu turut sama digunakan oleh kedua-dua buah kapal selam “Scorpene”” TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.

Kapal selam kita pun telah melancarkan peluru berpandu terbabit dalam latihan beberapa tahun lepas dan ia adalah tepat mengenai sasaran.

Mereka turut melancarkan torpedo “Black Shark” dalam latihan yang diadakan di perairan Sabah dan ia juga berjaya memusnahkan sasaran, membuktikan lagi kemampuan krew kapal selam TLDM dalam mengendalikan aset bawah permukaan itu.

TLDM
Gambar pelancaran peluru berpandu SM-39 oleh kapal selam TLDM beberapa tahun lepas. (gambar fail)

 

Memandangkan peluru berpandu Exocet SM-39 itu dilancarkan daripada kedalaman tertentu, ia memberikan kelebihan kepada kapal selam terbabit untuk terus “menyembunyikan diri” daripada pemantauan pihak musuh walaupun selepas melancar peluru berpandu itu.

Sebab itu kapal selam digelar sebagai “The Silent Killer.”

Peluru berpandu lancaran kapal selam “Exocet SM-39” seberat 655kg ini mampu membedil sehingga jarak sejauh 50 km.

TLDM
Kapal selam TLDM

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...