Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Cadang Jual Dua Kapal Pengawal Pantai Kepada Indonesia, Beberapa Pihak Bantah

Bagaimanapun cadangan penjualan kapal-kapal pengawal pantai Amerika Syarikat itu, “Adak” dan “Aquidneck” telah dibantah keras oleh kumpulan-kumpulan tertentu di negara itu serta di Indonesia.

0 2,702

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat bercadang menjual dua buah kapal pengawal pantai yang akan dilucut tauliah tidak lama lagi kepada Indonesia bagi membantu negara Asia Tenggara itu menangani masalah maritim terutamanya pencerobohan daripada China.

Bagaimanapun cadangan penjualan kapal-kapal pengawal pantai Amerika Syarikat itu, “Adak” dan “Aquidneck” telah dibantah keras oleh kumpulan-kumpulan tertentu di negara itu serta di Indonesia.

Pada 2 April lepas, agensi Amerika Syarikat dipanggil Defense Security Cooperation Agency (DSCA) telah mengumumkan cadangan penjualan kedua-dua kapal itu kepada Indonesia kepada Kongres pada harga yang tidak diumumkan.

Pengumuman penjualan kapal-kapal pengawal pantai itu terutamanya “Adak” dibantah oleh kumpulan-kumpulan tertentu kerana kapal itu disifatkan sebaga bahan bersejarah.

Petisyen membantah penjualan kapal bersejarah itu telah berjaya menarik lebih daripada 7,000 tandatangan.

Kapal “Adak” pernah digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk memindahkan kira-kira 500,000 penduduk di Manhattan di New York ketika serangan pada 11 Sept oleh pengganas Al-Qaeda berlaku.

Acquidneck
Kapal pengawal pantai Amerika Syarikat “Aquidneck.”

Kapal itu juga pernah dikerah ke Iraq ketika Amerika Syarikat menceroboh negara Timur Tengah itu.

Menurut pihak berkuasa Amerika, kedua-dua kapal itu akan ditawarkan kepada Indonesia pada bulan depan selepas Kongress dimaklumkan secara rasmi.

Penjualan kedua-dua kapal pengawal pantai Amerika Syarikat itu ke Indonesia adalah untuk membantu negara itu mencapai kepentingan maritimnya untuk berhadapan dengan tindakan agresif China terutamanya di Laut China Selatan.

Bagaimanapun penjualan dua buah kapal pengawal pantai Amerika yang akan dilucut hak kepada Indonesia tidak diterima dengan baik oleh pemerhati di Indonesia yang melengkapkan agensi penguatkuasa maritim mereka dengan kapal-kapal baru.

Mereka tidak mahu agensi penguatkuasa maritim Indonesia dilengkapi dengan kapal-kapal terpakai dan sudah berusia, apatah lagi kejadian menimpa kapal selam KRI Nanggala yang mengakibatkan kematian 53 anak kapalnya baru sahaja berlaku.

Banyak pihak menyalahkan tragedi KRI Nanggala berpunca daripada faktor usianya yang telah melangkau lebih 40 tahun.

Walaupun Indonesia tidak terlibat dalam pertikaian di Laut China Selatan, tetapi kapal-kapal nelayan China serta kapal pengawal pantai sering ditemui di perairan Natuna yang amat kaya dengan sumber perikanan dan minyak serta gas asli.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...