Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rakaman Video Serangan Roket Di Selatan Lubnan

Rakaman itu menunjukkan serangan itu dilancarkan oleh trak kecil yang dilengkapi dengan pelancar roket daripada kawasan semak-samun di selatan negara itu.

0 1,662

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan bersenjata di selatan Lubnan telah mengeluarkan rakaman video serangan roket yang dilancarkan daripada selatan negara itu ke atas Bukit Golan yang diduduki secara haram oleh Israel dan Galilee.

Rakaman itu menunjukkan serangan itu dilancarkan oleh trak kecil yang dilengkapi dengan pelancar roket daripada kawasan semak-samun di selatan negara itu.

Maklumat mengatakan serangan membabitkan pelancaran 19 roket 122mm, tetapi sebahagian besarnya daripadanya berjaya dipatahkan oleh sistem pertahanan Israel.

Negara jiran Lubnan itu turut serangan balas artilleri terhadap kedudukan pelancaran roket itu.

Kumpulan bersenjata itu, Hezbollah mengatakan serangan itu adalah untuk membalas  serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat-pesawat pejuang Israel baru-baru ini.

 

Sementara itu laporan media tempatan mengatakan penduduk tempatan Chouya, selatan Lubnan yang terdiri daripada masyarakat Arab Druze tidak berpuashati dengan tindakan anggota kumpulan itu melancarkan serangan roket daripada kawasan mereka.

Mereka telah bertindak menahan empat anggota kumpulan bersenjata itu serta merampas trak yang diubahsuai untuk membawa pelancar roket itu.

Kesemua empat anggota kumpulan bersenjata itu serta trak terbabit kemudiannya diserahkan kepada tentera Lubnan.

Lubnan

Ini merupakan kejadian serangan roket paling besar dilancarkan oleh kumpulan bersenjata di Lubnan itu sejak konflik terakhir berlaku antaranya dengan Israel pada 2006.

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL mengatakan keadaan di kawasan sempadan Israel-Lubnan adalah amat kritikal ketika ini.

Ia menyeru semua pihak supaya melaksanakan gencatan senjata.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...