Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Eksesais PASSEX 2021 Antara TUDM Dan United States Navy (USN)

Dan semalam, pihak USN telah pun mengeluarkan video mengenai latihan itu yang admin sertakan sebagaimana di bawah itu.

0 2,270

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 6 hingga 7 April lepas, pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan United States Navy (USN) telah mengadakan latihan PASSEX atau Passing Exercise di kawasan yang digazetkan.

Dan semalam, pihak USN telah pun mengeluarkan video mengenai latihan itu yang admin sertakan sebagaimana di bawah itu.

Pesawat Su-30MKM dan F/A-18D mewakili TUDM, sementara USN diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (CVN 71).

Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM sebelum ini, PASSEX selama dua hari itu bertujuan untuk  mengeratkan lagi hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan di antara kedua-dua negara.

“Adalah suatu keistimewaan untuk beroperasi dengan Angkatan Laut AS pada tahun ini dalam PASSEX yang mana dapat meningkatkan operasi dan kerjasama menyeluruh antara kedua-dua pasukan.

“Eksesais pada tahun ini menumpukan kepada “Dissimilar Basic Fighter Maneuver” dan “Dissimilar Air Combat Tactics,” kata TUDM.

Turut sama mengiringi USS Theodore Roosevelt adalah kapal destroyer kelas Arleigh-Burke USS Russel (DDG-59) dan kapal cruiser kelas-Ticonderoga USS Bunker Hill (CG-59).

Sementara itu, USN telah mengucapkan terima kasih kepada TUDM di atas latihan bersama itu.

TUDM
Gambar kredit USS Theodore Roosevelt

“Kami berterima-kasih di atas peluang untuk berlatih bersama-sama Tentera Udara Diraja Malaysia,” kata Komander Carrier Strike Group Nine,  Rear Admiral Doug Verissimo tentang latihan bersama antara TUDM dengan pesawat-pesawat daripada USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group.

Beliau amat teruja apabila kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Amerika Syarikat dapat mendalamkan lagi kerjasama keselamatan antara kedua-dua negara menerusi latihan bersama itu.

“Usaha berterusan kami untuk interoperabiliti adalah penting untuk mengekalkan kedamaian dan keselamatan di Indo-Pacific,” katanya sambil menambah, pesawat-pesawat daripada USS Theodore Roosevelt (CVN 71) dan Carrier Air Wing (CW11)  terlibat dalam latihan bersama dengan TUDM itu.

Sementara itu, Komander Carrier Air Wing 11 Kapten Michael Langbehn berkata, latihan PASSEX itu boleh diibaratkan seperti “besi menajamkan besi” (iron sharpens iron), latihan berkualiti tinggi dengan Tentera Udara Diraja Malaysia memberikan kami peluang untuk belajar daripada satu sama lain dan menyediakan latihan yang realistic di udara.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...