Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Pesta” Di Laut China Selatan Dengan Pelbagai Jenis Kapal-Kapal Perang, Pesawat Pejuang

“Berpesta” kerana bilangan kapal-kapal perang yang sedang belayar di Laut China Selatan pada ketika ini adalah amat tinggi.

0 10,394

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kehadiran kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning” dan kapal-kapal pengiringnya di Laut China Selatan (South China Sea)  hari ini telah menjadikan perairan yang amat penting bagi perdagangan dunia itu seolah-olah seperti didalam keadaan sedang “berpesta.”

“Berpesta” kerana bilangan kapal-kapal perang yang sedang belayar di Laut China Selatan pada ketika ini adalah amat tinggi.

Laut China Selatan
Dua buah kapal pengiring “Liaoning” dikesan sedang belayar di Laut China Selatan.

 

Sememangnya suasana di Laut China Selatan adalah “meriah”” dengan kehadiran begitu banyak kapal perang dan pesawat-pesawat pejuang.

Kedatangan “Liaoning” ke Laut China Selatan hari ini bukan berseorangan kerana ia ditemani oleh dua buah kapal destroyer iaitu daripada Type 055 kelas-Renhai dan Type 052D kelas-Luyang III, sebuah friget Type 054A dan sebuah kapal bekalan (Replenishment) Type 901.

Di pihak China sahaja, terdapat lima buah kapal perangnya di Laut China Selatan ketika ini dan ini tidak tidak termasuk tiga buah kapal serang laju peluru berpandu (guided missile fast attack craft) Type 022 kelas-Houbei negara itu yang kini berada di Mischief Reef di Kepulauan Spratly ketika ini.

So, semua sekali terdapat lapan buah kapal perang China di Laut China Selatan ketika ini dan ini juga tidak termasuk kapal-kapal pengawal pantainya yang sentiasa berlegar di perairan itu.

Sementara itu mengikut laporan media Filipina, terdapat 200 kapal-kapal militia maritim China yang sedang “berlindung daripada cuaca buruk” di Julian Felipe Reef/Whitsun Reef di dalam perairan EEZ Filipina.

Laut China Selatan
Dua komander kapal destroyer kelas-Arleigh Burke Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Mustin sedang memerhati kapal pengangkut pesawat China “Liaoning” di Laut Filipina pada 4 April lepas. (kredit DVIDSHub)

 

Manakala bagi pihak Amerika Syarikat pula, selain kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt yang kini berada di Laut China Selatan, ia turut ditemani oleh sebuah kapal destroyer kelas-Arleigh Burke “USS Russel” dan sebuah kapal cruiser kelas-Ticonderoga “USS Bunker Hill.”

Selain itu, keadaan di Laut China Selatan juga dimeriahkan dengan kehadiran Makin Island Amphibious Ready Group (ARG) terdiri daripada kapal LHD USS Makin Island dan kapal-kapal Amphibious Transport Dock iaitu “USS Somerset” dan “USS San Diego.”

Makin Island ARG membawa kira-kira 5,000 anggota Marines Amerika Syarikat daripada 15th MEU (Marine Expeditionary Unit).

Dan beberapa hari lepas, sebuah lagi kapal destroyer kelas-Arleigh Burke “USS John S.MCcain” yang berpengkalan di Yokosuka, Jepun melakukan pelayaran di Selat Taiwan. Kemungkinan besar, ia masih lagi berada di Laut China Selatan.

Dianggarkan tujuh buah kapal perang Amerika Syarikat berada di Laut China Selatan ketika ini.

USS Makin
USS Theodore Roosevelt dan USS Makin Island di Laut China Selatan. (gambar kredit US Navy).

 

Bukan sahaja di perairan “meriah,” tetapi ruang udara di Laut China Selatan juga sibuk kerana USS Theodore Roosevelt dan USS Makin Island membawa pelbagai jenis pesawat pejuang canggih dan helikopter.

USS Makin Island membawa pesawat STOVL F-35B Lightning II dan pesawat Tiltrotor “Osprey”, manakala USS Theodore Roosevelt berkemampuan membawa sehingga 90 buah pesawat dan helikopter.

Manakala bagi “Liaoning” pula, ia boleh membawa sehingga 36 buah pesawat dan helikopter termasuk sekurang-kurangnya 24 pesawat pejuang Shenyang J-15 (versi Su-30 Flanker yang dibuat secara lesen di China).

Lagi banyak kapal-kapal perang di Laut China Selatan, maka risiko berlakunya insiden yang tidak diingini juga adalah tinggi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...