Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boustead Terima LOA Daripada MINDEF Untuk Kontrak Berkenaan Kapal Selam TLDM

Lanjutan kontrak itu adalah untuk kontrak yang diterima oleh anak syarikatnya, Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd seperti yang diumumkan pada 16 Jun, 2020 (bernilai RM154.3 juta).

0 9,502

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) mengatakan ia telah menerima Surat Penerimaan (LoA) tambahan daripada Kementerian Pertahanan untuk lanjutan kontrak bagi tempoh satu tahun sehingga 31 Dis, 2021 untuk nilai kontrak baharu berjumlah RM159.15 juta.

Lanjutan kontrak itu adalah untuk kontrak yang diterima oleh anak syarikatnya, Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd seperti yang diumumkan pada 16 Jun, 2020 (bernilai RM154.3 juta).

Boustead DCNS Naval Corporation adalah syarikat usahasama di antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dan Naval Group. 

LOA tambahan itu adalah kontrak untuk penyediaan Sokongan Dalam Perkhidmatan bagi Kapal Selam Kelas Perdana Menteri untuk kontrak Tentera Laut Diraja Malaysia.

Admin tiada maklumat apa yang terkandung di dalam kontrak Sokongan Dalam Perkhidmatan itu.

Selain daripada lanjutan tempoh kontrak dan semakan semula nilai kontrak, tiada perbezaan yang ketara antara isi kontrak dan LoA tambahan.

Scorpene

“Kontrak itu dan LoA tambahan tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan BHIC Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021,” menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

Tentera Laut Diraja Malaysia menggunakan dua buah kapal selam Scorpene kelas- Perdana Menteri yang dibeli daripada syarikat Naval Group bernilai Euro 1.04 billion.

Pada ketika ini kedua-dua kapal selam kelas-Perdana Menteri TLDM itu berpengkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Malaysia adalah satu-satu negara yang menggunakan kapal selam Scorpene dirantau Asia Tenggara.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...