Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Dron “MQ-4C Triton” Amerika Ditembak Jatuh

Rakaman video menunjukkan serpihan badan dron itu sedang terbakar di sebuah padang turut telah tersebar di dalam media-media sosial.

0 4,908

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, terdapat spekulasi kuat mengatakan sistem pertahanan udara jarak sederhana “BUK-M2E” milik tentera Syria telah berjaya menembak jatuh pesawat tanpa pemandu strategik jenis “MQ-4C Triton” milik Tentera Amerika Syarikat di Aleppo, negara Arab itu.

Rakaman video menunjukkan serpihan badan dron itu sedang terbakar di sebuah padang turut telah tersebar di dalam media-media sosial.

Bagaimanpun, setakat ini belum ada pengesahan sama ada daripada tentera Syria atau tentera Amerika Syarikat tentang spekulasi berkenaan kejadian itu.

Sistem UAV “MQ-4C Triton” ini adalah versi tentera laut manakala bagi versi darat pula dipanggil “RQ-4 Global Hawk” ini dikatakan adalah sistem UAV yang amat strategic bagi tentera Amerika Syarikat berikutan kemampuannya.

“MQ-4C” ini adalah sejenis dron “High Altitude Long Endurance” (HALE) yang mampu terbang setinggi 60,000 kaki manakala endurance penerbangannya pula adalah selama 30 jam tanpa henti, menjadikannya pilihan tentera Amerika Syarikat untuk misi-misi yang perlu ketahanan tinggi.

Dan harganya pula, ada pihak mengatakan ia mencecah US$200 juta sebuah.

Berbalik kepada dakwaaan mengatakan dron jenis ini telah ditembak jatuh oleh tentera Syria, laporan mengatakan “MQ-4C Triton” ini terbang daripada Pangkalan Udara Mufaq al-Salati di utara Jordan.

Laporan juga mengatakan sistem pertahanan udara “BUK-M2E” tentera Syria mendapat “bantuan” daripada Iran dalam menembak jatuh dron Amerika Syarikat.

Triton

Kepakaran Iran mungkin ditagih oleh Syria kerana tentera negara itu pernah memperolehi kejayaan menembak jatuh dron yang sama daripada versi “RQ-4 Global Hawk” di Selat Hormuz pada Ogos tahun 2019.

Iran dikatakan menggunakan sistem pertahanan udara “Khordad” yang merupakan versi tempatan sistem pertahanan udara “BUK-M2E” yang asalnya dibangunkan oleh Russia.

Selain itu Russia juga mengatakan baru-baru ini bahawa ia akan membantu dalam meningkatkan kemampuan sistem pertahanan udara Syria bagi menghalang pesawat-pesawat Israel menceroboh ruang udara negara Arab itu untuk melancarkan serangan udara.

Buk-M2E
Sistem pertahanan udara “Buk M-2E” di Syria.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...