Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “CIRIT”, Roket Panduan Laser Berkaliber 70mm Keluaran Turki

“CIRIT”merupakan roket berkaliber 70mm yang dipandu dengan laser bagi memastikan ketepatannya membedil sasaran dan digunakan oleh helikopter penyerang T-129 ATAK, AH-1P Cobra dan AH-1W Super Cobra.

0 1,606

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “CIRIT”…….. merupakan satu daripada sistem persenjataan yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan terkemuka Turki iaitu Roketsan.

“CIRIT”merupakan roket berkaliber 70mm panduan laser bagi memastikan ketepatannya membedil sasaran dan digunakan oleh helikopter penyerang T-129 ATAK, AH-1P Cobra dan AH-1W Super Cobra serta beberapa platform pelancar yang lain.

Ia adalah pilihan kepada angkatan tentera yang tidak mahu menggunakan unguided rocket dan pada masa tidak mahu berbelanja besar menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal untuk memusnahkan armor soft-skinned.

Roket panduan laser “CIRIT” (semi-active laser homing seeker) seberat 15kg itu memberikan angkatan tentera pilihan itu, selain ia mampu membedil sasaran sejauh 8km iaitu jarak effektifnya.

Roket keluaran syarikat Roketsan ini bukan sahaja boleh digunakan oleh helikopter penyerang, tetapi juga diboleh digunakan oleh platform darat dan laut termasuk pesawat tanpa pemandu (UAV), kenderaan darat sama ada bergerak atau statik, pesawat close air support (CAS) dan kapal serang laju serta kapal peronda pesisir pantai.

 

Ia adalah sistem persenjataan yang versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai platform.

Selain digunakan sendiri oleh tentera Turki dalam pelbagai plaform, roket panduan laser ini turut dieksport ke luar negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menggunakan “CIRIT” untuk meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya.

“CIRIT” juga dipercayai digunakan oleh tentera Azerbaijan dalam konflik Nagorno-Karabakh baru-barui ini.

CIRIT
Roket “CIRIT”

 

Dikatakan sehingga kini, sebanyak 5,000 roket panduan laser “CIRIT” telah dihasilkan untuk kegunaan tentera Turki dan negara luar.

Syarikat Roketsan mula membangunkan “CIRIT” pada 2004 dengan produksi senjata itu bermula pada 2010.

Mungkin Malaysia boleh mempertimbangkan penggunaan “CIRIT” untuk helikopter Agusta A-109 PUTD atau platform lain sebagai alternatif kepada penggunaan unguided rockets.

CIRIT
Impak apabila roket panduan laser “CIRIT” mengenai sasarannya iaitu kereta perisai.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...