Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Bandar Kabul Bakal Tumbang Pada Bila-Bila Masa

Media-media tempatan melaporkan bahawa anggota Taliban telah memasuki Kabul daripada setiap penjuru.

0 852

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Dalam Negeri Afghanistan dan komander militan Taliban mengakui bahawa kumpulan bersenjata itu telah pun memasuki Kabul, dalam satu petanda jelas bahawa ibu negara dan simbol kekuasaan pentadbiran Presiden Ashraf Ghani bakal tumbang pada bila-bila masa sahaja.

Media-media tempatan melaporkan bahawa anggota Taliban telah memasuki Kabul daripada setiap penjuru.

Berita tentang kemaraan Taliban di Kabul itu berlaku ketika Amerika Syarikat dan negara-negara asing sedang cuba memindahkan ribuan rakyat mereka, terutamanya yang bertugas di kedutaan negara masing-masing.

Presiden Jo Biden mengerahkan kira-kira 5,000 anggota tentera negara itu ke Kabul untuk membantu memindahkan kakitangan kedutaan negara itu.

Kemaraan militan Taliban di Kabul itu berlaku hanya beberapa jam selepas kumpulan bersenjata itu menawan bandar penting di timur negara itu, Jalalabad, sekaligus menguasai jalan penting menghubungkan Afghanistan dengan Pakistan.

Seorang pemimpin Taliban di Doha berkata, anggota bersenjatanya diarah supaya tidak bertindak ganas dan menawarkan laluan kepada mereka yang mahu meninggalkan Kabul.

Komander tentera Taliban menurut stesen televisyen Al-Jazeera berkata, anggota mereka tidak dibenarkan memasuki bandar Kabul menggunakan kekerasan, sekaligus memastikan keselamatan pada semua penduduk bandar itu.

Kumpulan itu turut mengeluarkan kenyataan memberi jaminan bahawa semua bank, peniaga dan usahawan bahawa harta-benda mereka tidak akan diganggu oleh pihak Taliban.

Walaupun pihak Taliban memberikan jaminan itu, ribuan penduduk Kabul terus meninggalkan bandar Kabul.

Kabul
Militan Taliban

 

Sebaliknya beliau berkata, rundingan sedang dijalankan untuk memastikan bahawa bahawa bandar Kabul itu diserahkan secara aman dan tanpa kekerasan

Pada ketika tidak pasti akan yang berlaku kepada Presiden Afghanistan, sama beliau akan melakukan serangan balas atau menyerah diri.

Ashraf Ghani juga tidak kelihatan di khalayak ramai atau memberikan sebarang kenyataan sejak kali terakhir muncul pada rakaman perutusan televisyen semalam.

Kabul
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...