Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] 20 Terbunuh, 79 Cedera Tangki Minyak Meletup Di Lubnan

Dalam kejadian letupan tangki minyak itu, sumber mengatakan letupan berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengagihkan minyak kepada orang ramai daripada tangki minyak haram yang dirampas mereka sebelum itu.

0 669

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kira-kira 20 orang terbunuh manakala 79 yang lain cedera selepas sebuah tangki minyak meletup di Akkar, utara Lubnan, empat hari selepas ulangtahun pertama kejadian letupan besar di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos tahun lepas yang menyebabkan lebih 200 penduduk orang di bandaraya itu terbunuh.

Dalam kejadian letupan tangki minyak itu, sumber mengatakan letupan berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengagihkan minyak kepada orang ramai daripada tangki minyak haram yang dirampas mereka sebelum itu.

Terdapat 200 orang pada ketika kejadian.

Menurut pihak berkuasa tempatan di Lubnan, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital-hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Menteri Kesihatan Lubnan Hamad Hassn meminta semua hospital di utara Lubnan dan Beirut supaya menerima mangsa dan kerajaan akan membayar kos rawatan mereka.

Kejadian letupan itu berlaku pada ketika Lubnan berhadapan dengan masalah kekurangan minyak yang kritikal penyeludupan dan kekurangan sumber kewangan oleh kerajaan yang menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk mengimport minyak daripada luar negara.

Masalah minyak di Lubnan menjadi lebih kritikal selepas Bank Negara Lubnan memutuskan untuk menghapuskan pemberian subsidi kepada produk-produk minyak.

Keputusan oleh Bank Negara Lubnan itu telah menyebabkan kenaikan harga hampir kesemua barangan dan komiditi di negara Mediterranean itu.

Lubnan

Semalam, tentera-tentera Lubnan telah dikerah ke stesen-stesen minyak untuk memastikan pemilik stesen minyak menjual kepada pelanggan.

Sebelum ini, pemilik stesen minyak enggan menjual minyak kepada pelanggan dengan harapan harga minyak akan naik apabila subsidi dihapuskan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...