Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Negara Teluk Cuba Jual Unmanned Surface Vessel (USV) Pada TLDM

Abu Dhabi Ship Building (ADSB) yang merupakan sebahagian daripada anak syarikat gergasi pertahanan negara-negara Teluk dan Timur Tengah, EDGE Group dilaporkan sedang berunding dengan Kementerian Pertahanan tentang cadangannya untuk menjual platform-platform Unmanned Surface Vessel (USV) miliknya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

0 6,993

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, kita dapat melihat lebih banyak tentera-tentera laut termasuk kalangan negara-negara jiran telah mula memperkenalkan Unmanned Surface Vessel (USV) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak terkecuali.

Sebuah syarikat berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi Ship Building (ADSB) sedang berusaha keras untuk menarik perhatian TLDM berkenaan platform-platform USV dibangunkannya.

ADSB yang merupakan sebahagian daripada anak syarikat gergasi pertahanan negara-negara Teluk dan Timur Tengah, EDGE Group dilaporkan sedang berunding dengan Kementerian Pertahanan tentang cadangannya untuk menjual platform-platform USV miliknya kepada TLDM.

USV
USV “170 Detector” keluaran Abu Dhabi Ship Building (ADSB) (Naval News)

 

Usaha oleh ADSB itu dilaporkan oleh portal pertahanan berbayar Timur Tengah, Tactical Report yang menyifatkannya adalah suatu “perolehan berpotensi” oleh TLDM.

ADSB dan EDGE Group turut menyertai LIMA 2023 di Langkawi pada Mei lepas, malah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut sama mengunjungi dan melawat booth EDGE Group di Pusat Konvensyen Mahsuri itu.

Cadangan penjualan USV itu kepada Kementerian Pertahanan dan TLDM itu dilakukan oleh ketua pegawai eksekutif ADSB, David Massey yang dilaporkan oleh portal itu sedang berusaha keras untuk menembusi pasaran pertahanan di Asia Tenggara.

Sudah pasti, Malaysia yang mempunyai hubungan yang amat baik dengan UAE telah dikenalpasti sebagai antara pasaran paling utama untuk ditembusi oleh gergasi pertahanan Teluk dan Timur Tengah itu.

Sebagai syarikat pembuat kapal dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, ADSB telah membangunkan beberapa jenis USV untuk kegunaan tentera-tentera laut.

USV
USV Tentera Laut Singapura

 

Antaranya adalah 120 USV yang direka untuk bertindak dengan laju dan versatile, bersesuaian untuk menyokong pelbagai misi yang diperlukan oleh tentera laut.

Ia menggunakan bot sepanjang 12.8 meter bagi menyokong pelbagai misi berimpak tinggi pertahanan dan keselamatan termasuk mine-counter measures (MCM), peperangan anti-kapal selam (ASW) dan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).

120 USV boleh membawa muatan seberat 2,500kg termasuk pelbagai peralatan seperti kamera  dan pelbagai penderia (sensor) seperti radar dan sistem AIS bagi membolehkan ia melaksanakan misi untuk suatu tempoh yang lama serta over-the-horiozon (OTH).

Dengan kelajuan 55 knot, 120 USV juga boleh dilengkapkan dengan mesingan 12.7mm.

Syarikat ADSB juga membangunkan sebuah lagi USV iaitu 170 Detector menggunakan bot yang lebih besar untuk melaksanakan lebih banyak misi sama ada secara berpandu (manned) atau tidak berpemandu (unmanned).

USV
USV Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Ia juga dilengkapkan dengan sonar iXblue/Exail serta melancarkan  unmanned underwater vehicle keluaran L3Harris.

Sebenarnya ADSB bukan sahaja maju memperkenalkan USV yang dibangunkannya kepada TLDM tetapi ia  telah menampilkan rekabentuk 92M Corvette pada LIMA 2023  untuk program LMS Batch 2 TLDM.

Walaupun mensasarkan kontrak LMS Batch 2 TLDM itu, tetapi rekabentuk 92M Corvette itu juga adalah untuk memenuhi pasaran bagi kapal-kapal korvet dan friget ringan di seluruh dunia.

Dengan panjang 92 meter, kapal perang rekaan ADSB itu memiliki berat keseluruhan 2,000 tan serta berkelajuan 28 knot dan berkemampuan melaksanakan misi-misi peperangan permukaan, pertahanan udara dan juga peperangan elektronik.

USV
Kapal korvet 90 meter oleh Abu Dhabi Ship Building.

 

Untuk sistem persenjataannya, ia boleh dilengkapi dengan meriam utama sama ada 57mm atau 76mm dan sistem pertahanan udara MBDA VL MICA atau LIG NEX1 M-SAM serta lapan pelancar untuk peluru berpandu kapal-ke-kapal.

Untuk Combat Management System (CMS) pula, kapal 92M Corvette juga boleh dilengkapi dengan sistem ATHENA oleh Leonardo atau TACTICOS oleh Thales yang turut digunakan oleh kapal-kapal perang TLDM. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...