Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal A-591 “Ufuk” Menjadi “Mata Dan Telinga” Turki

Dengan no pennant A-591, “Ufuk” menjadi platform penting Tentera Laut Turki terutamanya dalam mengumpul maklumat perisikan maritim di perairan Mediterranean Timur yang turut diintai oleh negara tetangganya, Greek. 

0 2,270

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak banyak negara memiliki kapal-kapal khusus untuk mengumpul maklumat perisikan dan tentera laut Turki sudah pun menerima kapal pengumpulan maklumat perisikan dipanggil “Auxiliary General Intelligence –AGI” (AGI) dipanggil “Ufuk”.

Dengan no pennant A-591, “Ufuk” menjadi platform penting Tentera Laut Turki terutamanya dalam mengumpul maklumat perisikan maritim di perairan Mediterranean Timur yang turut diintai oleh negara tetangganya, Greek. 

Sejak Turki mula menemui lapangan-lapangan gas asli yang besar di perairan Mediterranean Timur, banyak negara mula membuat “bising” terutamanya Greek dan penyokong utamanya di dalam isu ini iatu Perancis dan Anerika Syarikat. 

Ufuk

Ok berbalik kepada kapal pengumpulan maklumat perisikan “Ufuk” itu, ia dibina sendiri oleh industri pertahanan Turki di bawah program pembinaan kapal-kapal perang tempatan atau “MILGEM” , yang setakat ini telah menyaksikan empat buah kapal korvet dan sebuah kapal friget telah dibina untuk Tentera Laut Turki.

Kapal perisik “Ufuk” adalah kapal tentera laut Turki terbaru yang dihasilkan oleh projek MILGEM yang bertujuan memastikan negara Mediterranean itu mampu berdikari dalam penghasilan industri pertahanan.

“Ufuk” itu dihasilkan 100 peratus tenaga tempatan Turki, menambah kemampuan indsutri pertahanan negara untuk membangunkan sistem pertahanannya sendiri tanpa perlu bergantung kepada negara-negara luar.

Ufuk

Sistem pemerintahan dan kawalan serta peralatan elektronik lain di dalam kapal AGI “Ufuk” ini telah dibina oleh sebuah lagi syarikat pertahanan Turki, Aselsan, khusus untuk operasi dan misi pengumpulan maklumat Signal Intelligence (SIGINT) dan Electronic Intelligence (ELINT).

Kontraktor utama bagi pembinaan kapal ini adalah sebuah lagi syarikat tempatan Turki, STM.

Dengan panjang kira-kira 100 meter, kapal pengumpulan maklumat perisikan pertama Tentera Laut Turki ini boleh berada di laut selama 45 hari dalam semua keadaan cuaca untuk melaksanakan misi dan operasinya.

Ia juga dilengkapi dengan dek yang boleh menampung helikopter seberat sehingga 10 tan serta radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

Ufuk

Dalam dunia kini di mana kapal-kapal pengumpulan maklumat perisikan semakin penting, kehadiran “Ufuk” di dalam armada Tentera Laut Turki adalah tepat pada masa ketika Ankara berhadapan dengan pergolakan dengan beberapa negara di perairan timur Mediterranean.

Pada 2019 ketika majlis pelancaran kapal perisik pertama negara itu, Erdogan menyifatkan kapal pengumpul maklumat perisikan “Ufuk” itu sebagai “mata dan telinga Turki di laut.”

Beliau seterusnya berkata, dalam keadaan persekitaran yang sukar dihadapi oleh Turki pada ketika ini negara memerlukan kedudukan yang kuat dalam pelbagai bidang termasuk perisikan.

Dalam berhadapan dengan ketegangan berterusan di Laut China Selatan, mungkin Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh menimbangkan untuk memperolehi sebuah kapal khusus untuk tujuan pengumpulan maklumat-maklumat perisikan suatu hari nanti. — DSA

 

Comments
Loading...